Saturday, May 24, 2014

Anak kita tanggungjawab kita

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Perkongsian:
Antara pesanan Dr Zahazan kepada ibu bapa di seminar "Raising Young Caliph" anjuran Little Caliph yang saya ingin kongsikan:
1) Ibu bapa yang tak menjaga hubungannya dengan Allah, usahanya untuk mendidik anaknya menjadi BAIK adalah ibarat "mencurah air ke daun keladi". Kalau nak anak jadi baik, ibu ayah perlu menjaga hubungan dengan Allah!
2) Ibu bapa perlu MENEGUR anak-anaknya ketika mereka melakukan kesalahan. Ada ibu bapa yang tak berani nak menegur anak, dalam keadaan mereka tahu anak mereka ada melakukan dosa dan kesalahan. Apabila tidak di tegur, anak-anak akan rasa SELESA dengan dosa yang di lakukan.
*Melihat generasi awal islam dahulu, bagaimana mereka mampu melahirkan generasi yang hebat-hebat, kerana, ibu bapa mereka melakukan pengorbanan yang hebat-hebat untuk diri mereka dan anak-anak mereka. Nak mendapat anak yang betul-betul soleh, beriman dan bertaqwa, ia tidak semudah yang di sangka.
Sometimes, kita seronok melihat anak kita menjadi APA yang KITA ingin mereka jadi. Tetapi, kadang-kadang kita lupa untuk mendidik anak kita untuk menjadi apa yang ALLAH suruh mereka jadi.
1)Menjadi Abid, yang menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
2)Menjadi Daei, berdakwah menyampaikan islam kepada ummah.
3)Menjadi Khalifah, menabur bakti kepada ummah dan pemimpin.
Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat yang soleh.

No comments: