Wednesday, November 19, 2014

PENDIDIKAN KENTAL DAN KASAR.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Pendidikan bangsa Arab sekarang ini sudah hilang keistimewaannya yang terkenal sebagai kental dan kasar. Inilah yang menyebabkan kelemahan serta kegagalan kita. Seorang ibu misalnya , selalu merasa bimbang takut anaknya kesejukan , lalu dipakaikannya pakaian yang paling tebal dan melarang naaknya keluar sewaktu cuaca sejuk  dan tidak membenarkannya keluar diwaktu suaca gelap. Disamping selalu melindunginya  dengan berbagai perkara. Natijahnya anak mereka menjadi lemah dan tidak mempunyai kethanan bila berhadapan dengan kesulitan serta kesukaran.

Matlamat pendidikan bangsa Arab dahulu ialah untuk menjadi kental dan kasar. Baginda Rasulullah SallahLlahu ‘alaihi Wasallam menggesa supaya kanak-kanak diajar memanah. Berenang dan menunggang kuda. Baginda juga menggalakkkan mereka menjadi kasar . 

Sabda Baginda :
“ Berkasarlah dan jadilah bagai wira Ma’d, berjalanlah tanpa memakai capal” ( iaitu dari masa kesemasa dengan tujuan untuk mencapai kental dan tangkas)
Rasulullah SallahLlahu ‘alaihi Wasallam dan para sahabat  menjadi contoh dalam kehidupan sedemikian . Baginda tidur di atas tikar dan memakan gandum, Baginda melarang orang-orang lelaki memakai  sutera kerana bimbangkan mereka menjadi lembut dan lemah.

Sayyidina “Umar Al khattab meneyeru bangsa Arab bersikap kasar serta mulia diri untuk mengelakkan  orang-orang Arab dan Islam terselamat dari ditimpa kehinaan.
Justru itu kita hendaklah mendidik anak-anak kita untuk memakai pakaian yang kasar  dan tidur diatas tempat yang keras  dan mengelakkan mereka dari berboros , bergaya dan menganggur. Mereka hendaklah dilatih mendaki bukit , memakan roti sahaja tanpa yang lain-lainnya serta membiasakan mereka menanggung kesejukan serta kepanasan.Disamping membebankan mereka dengan beberapa tanggungjawab dan kewajipan- yangberkaitan dengan budi pekerti  yang mulia. Justru semua itu dapat menolong mereka kearah pendidikan yang kental dan kasar.

Pendidikan seperti ini selain dari mempunyai kelebihan-kelebihan yang disebutkan tadi , ia juga dapat menguatkan badan  dan menyelamatkan nak-anak dari kelemahan setra menjauhkan nya dari diserang penyakit (dengan sebab ada ketahanan diri ). Begitu juga ia meningkatkan kemahuan untuk menahan jiwa serta memurnikannya.

Sebenarnya bangsa Arab pada hari sedang melalui satu peringkat yang paling gentian . Mereka sedang menghadapi perjuangan . Malah beberapa perjuanagn untuk mengembalikan kemuliaaan serta kehormatannya.

Oleh itu wajar sekali pemuda pemudi kita dilatih dengan kehidupan yang lasak dan kasar. Dalam hubungan ini kementerian pelajaran patut memepergunakan dasar  pendidikan yang lasak ini untukmenyediakan kepada Negara tentera-tentera  yang kuat dan berbadan saga, berjiwa tinggi , serta tidak gentar  menghadapi maut. 

No comments: