Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Pendidikan bercorak pergantungan (Dependen) yang
berlaku kepada orang lain merupakan ciri utama dalam pendidikan rumahtangga
dalam Negara kita , iaitu dimana kebanyakan ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka melakukan sebarang kerja . Malah mereka akan melakukan untuk
anak-anak mereka (kalau ia perlu dilakukan ). Jika ia hendak membeli buku dan keperluan alat-alat tulis siayah
akan menemaninya supaya ia tidak ditipu , solah-olah kemahiran itu tiba secara
mendatang sahaja dan bukan dari
pengalaman serta kesalahan. Mungkin juga ibubapa menemani anak mereka kesekolah
. Kalau mereka membawanya untuk berkelah , maka timbullah berbagai masaalah.
Mereka mahu sianak duduk disisi mereka , khuatir kiranya sianak itu terjatuh
dari memanjat pokok.
Pendidikan lunak seperti ini tidak dapat
melahirkan “orang-orang lelaki”. Malah
ia melahirkan lembaga-lembaga yang tidak tahu berdiri diatas kaki sendiri dan
tidak suka kpeda “cabaran” . Padahal
kedua-dua sifat ini merupakan asas
kejayaan dalam kehidupan. Kesan dari pendidikan lunak ini melahirkan generasi yang lemah serta membawa
keburukan kepada bangsa dan Negara.
Seorang penulis ada menceritakan bahawa
seorang pemuda dari Negara Barat telah memberitahu kedua ibubapanya waktu
sedang makan malam bahawa dia ingin
sekali melihat Cape Town di Afrika Selatan . Kedua oarang tuanya bertanya
tujuannya hendak kesana. Jawabnya untuk melancong dan berniaga. Menjelang
keesokan paginya kedua-dua ibubapa itu mendapati anak mereka sudah pergi
memulakan pengembaraan yang jauh dengan menaiki kapal tanpa sebarang keributan
, tanpa persediaan yang banyak dan tanpa mengucapkan selamat jalan.
Saya masih ingat sewaktu saya mahu
menjejakkan kaki ke Maktab Pergurun setengah abad yang lalu . Apabila saya
mengambil barang-barang untuk pergi keasrama Makatab, suasana menjadi gamat
dengan tangisan ibu dan kakak –kakak saya . seolah-olah saya hendak kebulan.
Hampir seminggu saya masih teringatkan perpisahan yang menyayat hati itu.
Cerita ini saya bawa dan saya teringat
kepada cara perpisahan yang kental serta bersemangat yang diucapkan oleh
ibu-ibu kita dahulu ketika mahu melepaskan anak-anak mereka kemedan perjuangan. Begitu juga saya teringat kata-kata
seorang Arab ketika sedang menunggu ajalnya.
Kata siArab itu kepada anaknya :
“aku ingin mewasiatkan dikau supaya menjaga sipolan itu selepas akau mati” Maka
kata anaknya “ Kalau orang yang hidup itu bergantung kepada wasiat simati ,
maka yang hidup itu sebenarnya yang mati.”
Dalam hubungan inisaya masih teringat
kata-kata salah seorang pahlawan Arab. Katanya:-
Campaklah pelana keatas kuda dan
pasangkan kekangnya.
Pakaikan perisai dikepalaku dan hulurkan
pedang kepadaku.
Bila akan ku mulakan hidup kalautidak
dimasa muda.
Bumi akan daku jelajahi, mencari yang
halal tidak yang haram.
Mungkin berkelana menghapuskan
kemiskinan atau mendekatkan maut.
Adalah jelas terdapat perbezaan yang
besar Antara didikan silam kita dengan didikan hari ini ( yang menyebabkan
perubahan kedudukan kita dikalangan masyrakat dunia). Dahulu datuk nenek kita
memerintah dunia , kini kita menjadi melukut ditepi gantang.
No comments:
Post a Comment