Saturday, November 29, 2014

Siapakah yang berakal sempurna?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Azzumar :9)

Soalan Tuhan kepada kita semua:

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ

Apakah satu orang yang bangun berdiri teguh sepanjang panjang malam kadang-kadang sujud, kadang-kadang berdiri, kerana takut dia akan azab
Stail surah ini adalah Allah akan bertanya kepada kita, tapi Allah tidak memberikan jawapannya kepada kita supaya kita boleh mencari jawapan itu sendiri. Dalam ayat ini, Allah membandingkan dengan orang yang sifatnya telah diterangkan sebelum ini – tidak ingat Allah apabila dalam keadaan senang, tapi apabila susah, barulah kelam kabut nak buat ibadat. Allah bandingkan dengan sifat seorang mukmin yang sentiasa ingat dan beribadat kepada Allah, samada dalam keadaan senang atau susah.
Allah juga tidak sebut apakah kesan dari amalan orang itu. Maksud Allah adalah mereka yang berdiri mendirikan solat pada malam hari itu akan masuk syurga. Cuma tidak disebutkan dalam ayat ini. Kita kena faham sendiri berdasarkan pemahaman dari ayat-ayat yang lain.
Kenapakah orang yang mendirikan solat pada malam hari itu takut? Apakah yang dia takut? Dia takut azab dari Allah sekiranya dosa dia tidak diampun. Kerana kita sendiri tidak pasti samada dosa yang kita lakukan itu Allah akan ampunkan.

وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ

dan dia mengharap rahmat Tuhan
Dia berharap semoga dia dapat masuk syurga. Dalam ayat ini ada soalan, adakah sama orang yang buat begitu dengan orang yang tidak buat begitu? Tentulah tidak sama.

 قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kata kepada mereka: adakah sama seorang yang mengetahui (mengetahui tauhid) atau mengetahui Quran dan hadith dengan seorang yang tak tahu?
Ini adalah satu lagi soalan yang Allah tanya tapi Allah tak jawap. Kita kena jawap sendiri. Tentulah tidak sama orang yang belajar Quran dan hadis dan orang yang tidak belajar. Kerana orang yang tahu Quran dan Hadis akan tahu tentang Hari Akhirat. Dan orang yang tahu tentang Hari Akhirat tidak sama dengan orang yang tidak tahu. Kerana apabila kita tahu sesuatu perkara itu besar, tentulah kita akan mengambil tindakan. Sebagai contoh, kalau kita dapat tahu dari media bahawa kawasan tempat kita akan banjir, tentulah kita akan ambil tindakan – mungkin kita akan pindah. Begitu juga dengan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat. Mereka akan mengambil tindakan untuk menjalani kehidupan di dunia ini mengikut lunas-lunas Islam.
Kepada mereka yang tidak tahu, atau hanya tahu sedikit sahaja, mereka tidak buat apa-apa, macam Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sahaja. Atau mereka rasa mereka akan selamat sahaja, padahal belum tentu lagi. Jadi, secara lebih khususnya, ayat ini adalah berkenaan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri mereka. Tidak sama antara mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu.

 إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Yang hanya akan menerima peringatan ini hanyalah orang yang otak waras sahaja.
Orang yang mempunyai akal yang waras sahaja boleh terima peringatan dari Allah. Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang tak pakai Quran dan hadis dalam menjalani kehidupan mereka adalah orang yang tidak berakal waras.

No comments: