Apa yang boleh disifatkan tentang
makanan Arab ini ialah ia menjejaskan kesihatan dan berat alat pencerna . boleh
membawa kelesuan jiwa, menggemukkan badan dan memerlukan masa yang lama untuk
menyediakan kerana banyak cerewetnya.
Makanan “kabbah” atau “kusaa” boleh
mengambil masa surirumah dari pagi hingga ke petang untuk meyediakannya.
Sedangkan surirumah diBarat dapat menyediakan makanan untuk keluarganya dalam
tempoh tidak sampai satu jam.Umpamanya dengan merebus sayur-sayuran tanpa
sedikit pun kuahnya tumpah atau meleleh diatas lantai- kemudian dituang
diatasnya keju. Demikian sudah tersedia makanan dengan selamat.
Sementara itu makanan orang Syria pula
sukar untuk dihadam. Perbelanjaan pula besar. Hal ini tidak memberikan peluang
keoda kelurga kelas pertengahan untuk menolong orang miskin.Tentulah dari
keadaan ini akan muncul dua golongan rakyat,iaitu yang pertma rakyat yang menderita
kerana lapar dan yang kedua yang mati kerana terlalu kenyang.
Sebenarnya makanan Arab tidak hanya
sekadar susah untuk disediakan dan membazir. Malah kebiasaanya suri rumah
mengenepikan bahagian yang berfedah (samaada sayuran atau bijian) secara “membazir”.
Umpamanya semasa merebus kacang buncis atau kacang “lender”, airnya dituang
begitu saja. Sedangkan ia mengandungi bahagian yang kaya dengan zat. Manakala
bagi surirumah diBarat bahagian-bahagian itu diguna utuk menyediakan sup.Begitu
juga surirumah kita mengupas sayuran itu dengan membuang biji dan kulitnya,
sedangkan didalamnya terdapat berbagai-bagai vitamin.
Demikian juga gandum , kulitnya dicampak
atau diberi makan binatang. Begitu juga dengan kacang Dhal dan kulitnya yang
dibuang. Bukankah semuanya itu mengandungi zat besi?
Menyediakan minyak sapi pula caranya
cukup rumit, Berbeza dengan keju . Walau bagimana pun sayngnya ia tidak
dimasukkan dlam kategori makanan melainkan setelah dipanaskan dan keju pun
demikian dipanaskan.
Begitu juga dengan lobak ubi dan
bawang hijau . Kita sering membuang
begitu sahaja bahagian daunnya yang kaya dengan vitamin dan kita hanya makan
ubinya sahaja yang khasiatnya jauh kurang dari daunnya.
Demikian juga “salad’” yang kaya dengan
vitamin itu. Kita jarang menjamahnya kerana mengikut pendapat surirumah ia
tidak boleh dimakan bersma dengan makanan yang masam . Padahal ini sepatutnya
dimakan samada dimusim panas atau sejuk.
Kita tidak makan makanan kecuali setelah
dipanaskan betul-betul dan ini yang benyak menghilangkan vitaminnya . Untuk
memsak sebenarnya cukuplah sekadar panas suam tanpa mengelegak panasnya.
Demikian secebis dari makanan
orang-orang Arab Syria. Betapa wajar bagi kita untuk menghentikan kebiasaan
yang merosakkan itu , walau rasanya kan berubah sedikit, kerana citarasa itu
boleh dididik. Tujuan dari makanan bukanlah rasanya tapi faedahnya.
Satu hal lagi yang patut diingat ialah
pentingnya menjaga kebersihan dalam makanan dengan membasuh tangan sebelum
makan dan selepas makan.
Sebelum mengakhiri perbincangan ini ,
ingin sya menarik perhatian surirumah betapa pentingnya makanan, sensitifnya
serta hubungan nya dengan ketenteraman serta kasih sayang antar suami isteri
dan anak-anak. Lantaran kelewatan menyediakan makanan dlam waktu yang
dijangkakan serta tidak pandai menyediakan makanan banyak menimbulkan
persengketaan dan perbalahan. Setiap wanita patut menyedari keadaan ini dan
haruslah dapat menyediakan makanan serta mempelbagaikannya seberapa boleh ,
iaitu dengan meninjau cara-cara maskan moden serta jenis-jenis makanan (resepi)
yang lazat dan berfaedah. Makanan Arab suatu waktu dahulu adalah paling
sederhana tetapi boleh membantu menguatkan badan serta memberi faedah.
Surirumahtangga juga harus mengetahui
tentang mutu makanan, apa yang sesuai dan yang tidak sesuai sewaktu mengalami
penyakit dan kegemukan seperti yang dijelas dalam buku-buku kesihatan umum.
Sementara itu makanan orang Barat lebih
sikit dari makanan kita dari segi kuantiti dan kosnya. Dalam pada itu mereka
mempunyai badan yang lebih tampan dari kita dan mempunyai ketahanan yang lebih
kuat daripada kita. Satu perkara penting yang ingin saya jelaskan disini ialah “susu
tapis” . Seratus gram susu ini diperolehi dari seribu gram susu biasa !Betapa
ruginya ini . Yang menarik perhatian ialah bila saya mendapat tahu bahawa di
Amerika Syarikat penduduknya tidak menggunkan susu jenis ini walaupun mereka
kaya dengan penghasilan susu.
Saya ingin menasihati orang-orang yang
gemar minum susu tapis ini untuk menggantikannya dengan susu biasa , iaitu
dengan menuangkan dalam sebuah bekas. Kemudian meletakkannya diatas sekeping
kain tebal yang akan menyaring air didalamnya. Dengan itu dapat dihasilkan susu
tapis dibawahnya dan air yang menyerap dalam kain tadi boleh digunakan untuk
merebus mee dan sebagainya.
Mengakhiri perbincangan ini , saya ingin
menceritakan kepada para pembaca kisah berikut:-
Ada diceritakan satu keluarga Arab yang
telah lama menetap di Amerika . Surirumah itu telah berkenalan dengan jirannya
, lalu mereka menjadi mesra . Suatu hari isteri itu berkata kepada suaminya “
saya ingin menjemput jiran kita orang Amerika itu untuk jamuan makan” Keluarga
Arab berkenaan bersetuju untuk menyediakan maskan timur yang popular iaitu “kusahmashi
” (terung yang disumbat dengan nasi dan daging)
Sisuami pun pergilah ke pasar dan lama
juga berpusing untuk mencari terung yang sesuai seperti yang terdapat dinegara
Arab.Dibelilah jenis yang sesuai.
Isterinya pun siboklah mengosongkan isi
terung lalu dimasukkan nasi , daging ,lemak ,kunyit, garam, bawang, daun
selasih, cili, asam jawa dan berbagai-bagai lagi bahan- yang penyediaannya hampir
menngambil masa separuh hari.
Apabila tiba waktu makan tengahhari jiran tadi meminta maaf kerana tidak mahu
makan makanan itu kerana sukar dihadam. Lebih-lebih lagi dari bahan lemaknya ,
sambil berkata:-
“ Sekarang saya fahamlah sebab
kemunduran orang Timur, kerana peritnya makanan mereka dan tinggi kosnya, disamping
menghabiskan masa yang lama untuk memasaknya.
Kalau jiran tersebut mendapat tahu masa
yang dihabiskan oleh lelaki timur itu untuk mencari terung yang sesuai , tentu
dia kan lebih terperanjat lagi.
Marilah kita renungi dan memikirkannya
No comments:
Post a Comment