Monday, February 2, 2015

WANITA ISLAM DAN HARTA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Sering kita mendengar perihal lelaki yang mengadu tentang sikap isterinya yang pemboros dan pembazir, sehingga kita terfikir adakah betul wanita dijadikan sebagai cara untuk memboroskan harta- yang merupakan unsur terpenting dari unsur kebahagiaan. Wanita Arab boros dengan masakannya. Andainya mereka memasak untuk dua orang ianya cukup untuk dimakan oleh lima orang. Berbeza dengan wanita asing, kalau sumainya menjemout empat orang untuk makan . Maka kalu lima yang dating , yang kelima itu tidak cukup (tidak ada) makanan untuknya. Wanita itu dengan penuh kesediaan memberikan makanan yang berfaedah lagi murah, sehingga keknya pun dibuat sendiri.

Makanan orang Arab cukup cerewet , memkan belanja yang besar serta menyebabkan banyak penyakitseperti kencing manis , sakit buah pinggang dan sakit jantung. Disana ramai para doctor menasihati mereka supaya hanya memakan makanan ringan sahaja seperti keju, susu dan buah zaitununtuk makan malam. Makanan seperti ini menjimatkan belanja serta dapat menjamin kesihatan.
Wanita Arab juga biasanya boros dalam pakaiannya . Lazimnya kebanyakan dari mereka tidak mengenali erti kesederhanaan, malah suka melawa dan menghias. Berbeza dengan wanita barat yang harga pakaiannnya tidak seberapa (terutamanya upah menjahitnya). Wanita Eropah –kebiasaannya menjahit sendiri pakaiannya dan lebih menunjukkan kesederhanaan (keran tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjahitnya).

Wanita Arab juga boros tentang kelengkapan rumahnya. Mereka tidak suka kepada barang yang murah walau pun jenisnya baikSaya banayak mengunjungi keluarga Perancis dan jarang saya dapati alatannya selain dari meja, beberapa buah kerusi besi, sejambak bunga dan almari buku . Kerusi-kerusi berhias yang mahal-mahal jarang dikenali di Barat.

Wanita Arab juga boros semasa berkelah . Andainya dia ingin berkelah maka dipilihnya tempat yang jauh-jauh yang memerlukan pengangkutan dan dia membuat persediaan beberapa hari sebelumnya, dengan menyediakan makanan yang lazat dan buah-buahan yang berharga.

Wanita Arab juag boros hingga dalam waktu ia sakit atau apabila slah seorang anggota keluarganya sakit kerana kejahilannya tentang  prinsip kesihatan dan asas-asas rawatan dan pertolongan cemasmenyebabkan mereka terpaksamenjemput doktor setiap kali sakit. Mereka tidak tahu merawat dan tidak mengenali tanda-tanda penyakit.Sedangkan wanita Barat bagaikan seorang jururawat , sebab mereka mempelajari secara amali prinsip-prinsip kesihatan dan cara  pencegahan sewaktu dibangku sekolah.

Wanita Arab adalah pemboros dan mereka tidak sedar yang mereka itu pemboros kerana mereka berbelanja tanpa ada perkiraan “budget” bagi pendapatan dan perbelanjaan serta membahagikannya mengikut keperluan. Mereka biasanya tidak faham pentingnya amalan berjimat. Berbeza denagn wanita Barat yang menjaga buku kira-kira kewangan dirumah dimana mereka menguntukkan kadar wang untuk sewa rumah , untuk makanan , untuk pakaian, rawatan , berkelah, untuk alatan rumah, api,gas,buku, suratkhabar, membantu orang miskin, untuk simpanan dan lain-lainnya.

Wanita patutlah sedar bahawa semasa mereka menepok-nepok anaknya dengan tangan kanan, mereka sebenarnya juga mengongcang dunia dengan tangan kirinya seperti yang sering disebutkan ). Oleh itu patutlah mereka sedar  tentang tugasnya dalam hidup dan patutlah juga mereka sedari bahawa harta adalah tunggak kehidupan dan berjimat cermat itu membawa kebahagian dan mengelakkan penderitaan. Sikap bersederhana dalam semua perkara adalah sesuatu yang dipuji.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Al-Furqaan 25:67)

Mereka patutlah membantu kaum lelaki untuk menghadapi perjuangan hidup ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas mereka serta mendidik anak-anak mereka dengan penuh kemuliaan dan ketenangan , sehingga anak-anak terebut menjadi menjadi oranglelaki dan wanita yang terkemuka. Bagi mengakhiri perbincangan ini elok saya perturunkan beberapa nasihat salah seorang menteri Negara Barat yang disampaikan di persidangan Kesatuan Pekerja Wanita . Katanya:

  1. Galakkan mereka keluar bekerja demi kepentingan kelurga anda dan kelurga bangsa yang anda  menjadi sebhagian daripadanya.
  2. Jangan membeli secara membuta tuli . Pastikan kepentingan nilai wang dan simpan ditempatnya . Jangan membeli kecuali barang yang amat diperlukan.
  3. Jauh dari membeli dari orang yang melipat-gandakan harga barangan dengan memboikot mereka dan adukan tindakan mereka kepada kerajaan.
  4. Perhatikan mutu barang-barang yang dibeli (bukan hiasan-dan harganya yang mahal)
  5. Berjimat dalam penggunaan api dan gas . Elok kalau dapat dijimatkan walaupun sedikit.
  6. Berhati-hati berbelanja dalam setiap perkara walaupun untuk diri anda atau untuk kepentingan umum. Ingat bahawa nada berhak untuk memberikan pandangan dlam setipa perkara yang melibatkan kepentingan umum.
  7. Jadikan rumah temapt yang paling baik untuk menghabiskan waktu malam . Ini pasti membantu ‘budget ‘ kelurga.
  8. Jangan berjimat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan suami dan anak-anak tetepi boros dalam perkara yang berkaitan dengan anda. Hendaklah anda adil dan praktikkan dasar sama rata untuk semua orang.
  9. Tunaikan semua ini dan lipatgandakan usahanya dan pastikan dibibir anda sentiasa terlukis senyuman kepuasan , kegembiraan dan terpancar sinar kehidupan.
Saya banyak membawa contoh mengenai wanita Barat dalam persoalan ini kerana mereka mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam kehidupan kelurga Arab jika dibandingkan dengan pengaruh wanita Arab , zaman awal islam- akibat dari sikap meniru secara ‘membabi buta’. Dalam zaman Nabi Sallahu ‘alaihi Wasallam terdapat banyak contoh serta sikap wanita islam yang berjimat cermat serta sikap sabar mereka.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari sayyidinatuna ‘Aishah. Katanya (Aishah) kepada Urwah.
“ Wahai Urwah , kami melihat kepada hilal (bulan sabit) kemudian hilal kedua , tiga hilal dalam  dua bulan  dan tidak dinyalakan apai dirumah –rumah Rasulullah “ Kataku padanya : Bagaimana hidup kamu sekelian , wahai makcik?. Kami hidup dengan buah Tamar dan air”. Bagaimana pun Rasulullah mempunyai jiran-jiran dari kaum al Ansar yang memeiliki kambing . Mereka memberikan susunya kepada Rasulullah, lalu baginda memberikannya kepada kami”.

Wanita muslim zaman dahulu adalah jururawat yang cekap dan mereka mengenali berbagai jenis ubatan dari tumbuh-tumbuhan yang murah harganya.




No comments: