.
Pembekuan harta dalam
pembinaan menjejaskan kekayaan kita.
Peningkatan kekeyaan
kelurga merupakan usaha yang baiak selagi harta kekeyaan tersebut dapat
menambahkan kebahagiaan keluarga serta ,emjamin masa hadapannya. Cara yang
paling baik dalam peningkatan itu ialah yang selaras dengan peningkatan
kekayaan Negara , kalau tidak ia membahayakan bangsa dan Negara.
Saya timbulkan soal ini
kerana melihat cara salah yang diamalkan oleh keluarga orang-orang Syria untuk
menembahkan pendapatan mereka. Mereka membina rumah-rumah bertingkat yang tersergam
indah dengan memakan perbelanjaan yang besar yang cukup untuk membina sebuah
kilang perusahaan.
Keluarga tersebut
memilih jalan ini kerana menurut pandangan mereka ianya selamat dan terjamin
tanpa meikirkan akibatnya kepada ekonomi Negara. Pemebekuan ribuan dolar (dengan secara tidak langsung ini ) dan
menimbusnya dalam bumi bererti pembunuhan terhadap bangsa kerana harta kekayaan
adalah merupakan nadi kehidupan politik dan sosio ekonomi bangsa.Justru
ahli-ahli ekonomis menyebutkan bahawa masyarakat akan lumpuh sekiranya kekayaan itu akan hilang begitu
sahaja dan tenaga buruh terhenti kerana tiada ada lagi gedung –gedung
perniagaan serta kilang-kilang perusahaan.
Tersebut dalam kitab
“al Jami’al –Saghir”, sabda Rasulullah
saw.
“ Sesiapa yang membina
lebih-lebih dari yang diperlukan ia akan menjadi bala keatasnya dihari kiamat
kelak.”
Sekarang kita kembali
semula untuk mengetahui adakah cara pelaburan harta ialah dengan membina
bangunan? Apakah ianya suatu usaha yangterjamin dan sentiasa memeberi keuntungan?
Jawapannya secara
positif membawa kesimpulan yang Nampak bodoh dan tindakan yang jahil, kerana
roda kegiatan ekonomi apabila ia terhenti maka semua yang lain juga turut
terhenti. Kita masih ingat lagi bagaimana kedudukan sewa rumah dan ruang-ruang perniagaan
diakhir zaman pendudukan Perancis dinegara ini . Ia cukup menyedihkan sehingga
banyak orang yang menjalankan perniagaan palsu ini menjadi muflis setelah
mereka tergoda dengan keuntungan yang
berlipat ganda itu seperti yang terdapat pada hari ini.
Ada sesetengah kalangan
yang mempunyai modal harta yang besar semasa pernag dunia Yang pertama , lalu
disalurkan modal itu untuk pembinaan. Yang menambahkan permintaan pada waktu
itu ialah dengan adanya warganegara Perancis yang berkehendakannya. Bagaimana
pun apabila keadaan meruncing dan perusahaan binaan menghadapi krisis yang
paling tenat ianya hampir –hampir mengorbankan para pengusaha serta Negara.
Kemudian meletus pula
Perang Dunia Yang Kedua, lalu cerita monopoli kemabali semula diarena watan. Ada
beberapa golongan yang mempunyai modal yang besar. Modal tersebut disalurkan
kepada perusahaan binaan yang menambahkan kepadatan, tetapi semua ini pasti
akan membawa kepada krisis yang kelak akan mengakibatkan kejatuhan harga rumah
dan permintaan yang malap terhadap tempat kediaman serta ruang niaga.Ekoran
dari pengangguran ketika itu, kita menyesal diatas cara kita yang tidak
berhasil untuk menambahkan kekayaan , tetapi sayangnya “nasi telah menjadi
bubur”.
Kepada keluarga yang
mulia dan mempunyai kesedaran tambahkan pendapatan kewangan anda dengan memberi
sumbangan membina kilang-kilang serta syarikat-syarikat kebangsaan . Justru ia
memberi keuntungan dismaping merupakan suatu jihad untuk Negara. Alangkah tepat
dan bijak penyair yang bermadah.
- Usah dibina
istana dan menara, bangunkan kilang dan mesin.
- Siapa membina
kilang dia membina “mihrab”. Kiranya ia (kilang ) dibuka banyak pintu
turut dibuka.
- Belum ada bangsa
ku lihat mencapai hasrat sedang kekayaan tidak seberapa.
No comments:
Post a Comment