Monday, August 24, 2015

JANGAN TAKUTI KANAK-KANAK TERHADAP SEKOLAH:

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



GAMBARAN GURU MUNGKIN MENAKUTKAN MEREKA. 

Tidak lama lagi pengajian disekolah rendah akan bermula dan diantara yang akan belajar disitu ialah kanak-kanak baru yang akan memulakan pengajian. Telah menjadi kebiasaan dikalangan sesetengah ibubapa menjadikan sekolah sebagai alat untuk menakut-nakutkan serta cara untuk menimbulkan rasa gerun kanak-kanak. Mereka mengancam anak-anak mereka sambil berkata : “tak lama lagi kamu akan dihantar kesekolah . Cikgu akan mengurung dan memukul kamu”
Dengan itu mereka telah menanamkan dalam diri kanak-kanak perasaan bencikan sekolah dan guru .

 Mereka (kanak-kanak ) itu lalu menggambarkan guru itu suatu perkara yang buruk dan sekolah itu sebagai temapat tahanan yang menakutkan. Akibatnya gambaran itu akan menjadi pegangan yang kuat dan menimbulkan “konflik” jiwa yang menekan yang akhirnya menimbulkan pertarungan jiwa yang menghancurkan keperibadian manusia.

Ramai ibubapa yang menyangka bahawa apa yang dikatakan kepada kanak-kanak akan hialang begitu sahaja dengan sendirinya.Sebenarnya tanggapan itu adalah salah. Mereka harus sedar bahawa aqal kanak-kanak itu bagaikan layar putih. Lazimnya yang terlukis diatasnya ialah setiap apa yang didengar , dilihat dan yang ditujukan kepadanya. Kalau kesannya tidak ketara dalam jangkamasa yang singkat, maka pasti ia tersembunyi didalam aqal serta batinnya.

Sekarang marilah kita kembali kepada persoalan persekolahan. Setiap ibubapa patut memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang sekolah dan para guru dengan baik dan menggambarkan kepada anak-anak mereka sekolah itu rumah rahmat dan memeberi faedah. Bukan rumag siksa dan menghina. Mereka harus bekerjasama dengan pentadbiran sekolah kearah itu.

Pada hari pertama kanak-kanak disekolah mereka memerlukan galakan dan sokongan . Para ibubapa dan guru-guru harus menyedari perkara yang penting ini kerana mungkin penghinaan, kecuaian atau deraan dari guru keatas kanak-kanak pada hari pertama ini menyebabkan ia benci kepada sekolah dan guru. Sikap ini boleh menghancurkan masa hadapannya.
Jadi berhati-hatilah hendaknya.


No comments: