Tuesday, August 25, 2015

PENGARUH PENDIDIKAN SOSIAL PADA KANAK-KANAK: SEKOLAH SAHAJA TIDAK MENJAMIN SEGI INI

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


.
Rasulullah SallaLlahu alaihi Wasallam menjelaskan batasan risalahnya dengan sabdanya
“aku diutuskan untuk menyempurnakan budi pekerti (akhlak) yang mulia”.
Budi pekerti meninggalkan pengaruh yang besar dalam memebinbing eseorang individu , sesebuah kumpulan dan sesuatu bangsa. Kita tidak dapat menggambarkan wujudnya satu bangsa tanpa akhlak yang baik.
Madah penyairmenyebutkan:
Tiaak sempurna binaan sesuatu kaum kiranya akhlaknya meruntuhkan asasnya.
Agaka menghairankan bahawa ramai ibubapa yang bergantung kepada sekolah untuk membentuk budi pekerti anak –anak mereka. Sebenarnya budi pekerti tidaka ada tempat yang prktikal disekolah. Kalaupun ada hanya diajar ,ata pelajaran moral secara teori sama seperti mata pelajaran sejarah dan geografi.Pada peringkat awal disekolah rendah pelajaran moral dimasukkan dibawah mata pelajaran “alam sekitar” yang diajar kepda murid-murid sama seperti matapelajaran lain.
Oleh kerana pentingnyaakhlak ini , ia tidak dapat dipelajari melalui buku. Malah ia hanya boleh dipelajari dengandidikan, contoh tauladan dan cara  hidup yang baik.Justru itu setiap ibubapa harus menumpukan perhatian dalam hal ini dan tidak hanya bergantung kepada sekolah semata-mata. Pihak sekolah sudah cukup sibuk untuk menyediakan sejumlah besar persediaan “silibus” dan catatan-catatan buku sebagai persediaan untuk peperiksaan.

Kita harus sedar bahawa mengabaikan akhlak akan mendedahkan kanak-kanak dan mendedahkan Negara kepada bahaya dan musibah yang besar.
Saya tidaklah maksudkan akhlak yang mati dan kaku dimana banyak pihak yang tertarik kepadanya, tetapi yang saya maksudkan ialah melatih anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berdiri diatas kaki sendiri dan mendidik kekuatan peribadi, berinisiatif,berani dalam kebenaran dan jujur bekerja.
Budi pekerti yang paling penting yang saya lihat suadah hampir hilang dalam masyarakat kita ialah sikap “tolong menolong” iaiatu perangai yang paling mulia ayang amat diperlukan . Setipa orang dinegara ini sudah menjadi “bongkak”. Mereka tidak percaya pada oaring lain lagi dan tidak memahami orang lain kecuali dengan dirinya sendiri. Sikap seperti ini akan menghancurkan kewujudan kita serta mendedahkannya kepada kemusnahan.
Agama islam mula-mula menyeru kita kepada sikap “tolong menolong” iaitu sikap yang membawa faedah kepada masyarakat.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala:
“Dan tolong menolonglah dalam kebaikan dan takwa”.

Manakalasabda Rasuliullah SalllaLlahu  ‘alaihi Wasallam
“ Sesungguhnya Allah akan menolong hambanya selagi ia menolong saudaranya.”


Kemerosotan sifat tolong menolong  dinegara kita adalah berpunca dari sisitem pembelajaran (sekolah) kerana ia tidak memberikan penekanan kepada pendidikan social. Pengajaran didalamnaya lebih bercorak individu sehingga kepada  mementingkan diri sendiri, tidak memerlukan kerjasama, malah mungkin kerjasamadianggap pula sebagai satu dosa. Ini berbeza denan pendidikan Barat yang melatih generasi baru untuk mengutamakan sifat tolong menolong dengan menubuhkan kumpulan kerjasama dan mebahagikan kelas kepada beberap kumpulan. Setiap kumpulan menjalankan rancangan atau melakukan pelajaran praktikal secara bersama. Orang –orang dewasa digalakkan memberi perhatian kepada kanak-kanak serta menjaga mereka dari segi makanan, pakaian dan permainanserta melatih mereka untuk mengutamakan kepentingan orang lain , saudara-saudara dan teman-teman mereka.

No comments: