Tuesday, August 25, 2015

TATASUSILA BERSEDIH DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Bangsa yang agung biasanya tabah ketika gembira dan tabah ketika sedih. Segala bencana tidak melemah dan mengongcangnya, bagai gunung yang tercegat tidak digoncangoleh apa jua bencana.
Oleh kerana itu islam menggariskan suatu manhaj dalam menghadapi bencana yang perlu kita patuhi dan tidak boleh melencong keluar daripadanya. (kalau kita mempunyai iman yang sebenar dan keazaman yang kuat yang wajar untuk kehidupan)

Oleh kerana kebanyakan keluarga Arab lupa pada dirinya ketika dilanda bencana dan derita sehingga terperangkap denga perbuatan buruknya , dan menjadi keluh kesah serta menghadapi berbagai kerugian, jagi dengan sebab itu ingin saya menginagatkan keluarga tersebut apa yang digariskan oleh islam untuk menhadapi bencana itu sehingga ia berakhir.

Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Sesiapa yang ditimpa bencana lalau berkata: kami untuk Allah dan kepadanya kami kembali, Wahai Tuhan! Berikanlah daku pahala dalam penderitaan ku, gantikan aku yang lebih baik daripadanya”,maka sesungguhnya Allah akan memeberi pahala pada deritanya dan menggantikannya dengan yang lebih baik darinya.”

2.  Diriwayat dari Ibn ‘Abbas tentang firman Allah yang bermaksud:
“ Merka yang apabila ditimpa kecelakaan berkata: “ Sesungguhnya kami untuk Allah dan kepadanya kami kembali, maka dengan sebab itu keatas mereka kesejahteraan dan rahmat dari tuhan mereka. Mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”

3. Diriwayatkan iaitu:
“Allah memberitahu bahawa seorang muslim apabila menyerahkan semua perkara kepada Allah dan berkata “ Inna liLlah” semasa ditimpa kecelakaan, maka akan ditulis tiga sifat kebaikan baginya iaitu: kesejahteraan dari Allah, Rahmat dari Allah dan mendapat jalan petunjuk”.

4. Salah seorang wanita yang memberi “bay’ah” (ikrar persetiaan) kepada Rasulullah saw berkata:
“Diantara persetiaan kami dengan Rasulullah saw dalam perbuatan ma’aruf yang ditekankan kepada kami ialah kami hendaklah jangan “memoyokkan muka “, tidak melolong , tidak mengoyak baju dan tidak mengerbangkan rambut kami (ketika bersedih –p)

5. Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
“Dua suara yang dilaknat didunia dan diakhirat ialah suara biola ketika gembitara dan suara ratapan ketika ditimpa kecelakaan.”
Dalam pada itu adalah menjadi kebiasaan sesetengah wanita bagi bersedih meratapi kematian ayah dan saudara lelakinya untuk bertahun-tahun lamanya, sedangkan agama islam sebenarnya melarang sifat demikian.
Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Tidak harus bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari kemudian bersedih diatas kematian mayat lebih dari tiga hari kecuali keatas suaminya selama empat bulan sepuluh hari”.

Tempoh tersebut dikenali sebagai tempoh edah isteri. Ada beberapa pihak yang mengenakan beberapa ikatan keatas kaum wanita yang sedang dalam edah, sedang semuanya tidak ada asas dalam agama, hanya sekadar tidak memakai perhiasan dalam tempoh ini dan tidak meninggalkan rumah kecuali kerana terpaksa.

Begitu juga menjadi kebiasaan dikalangan berada mengadakan kenduri arwah keats simati pada hari ketiga, kelima, keempat puluh dan genap setahun matinya. Semua ini tidak ada asas dalam agama. Malah ia adalah bid’ah yang membazirkan harta anak yatim  dan harta sijanda. Sebaliknya kalau nak diikut sunnah hendaklah para teman-handai memeberi makanan kepada kelurga simati selaras dengan sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

“Berikan makanan pada keluarga Ja’far. Mereka sibuk dengan jenazah simati mereka”.

No comments: