Saturday, August 22, 2015

HADIAH MENGERATKAN HUBUNGAN. PILIHLAH HADIAH YANG BERGUNA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Pemberian hadiah merupakan tradisi yang baik dan menjadi amalan dikalangan individu dan keluarga. Ia mengeratkan hubungan kasih sayang dan persahabatan diantara manusia.

Rasulullah SallaLlahu alaihi Wasallam pun pernah menerima hadiah  dan Baginda membalasnya. Justru itu tidaklah wajar apa yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat pada hari ini yang menganggap penerimaan hadiah adalah satu kemestian keatas orang lain. Dalam hal ini, bukan lagi hadiah tetapi sudah menjadi rasuah  yang diharamkan menerimanya. Kerana orang yang memberikan hadiah itu tidak ada pilihan selain dari terpaksa memberinya.
Hadiah yang paling baik ialah yang mempunyai kesannya yang berpanjangan dan ingatannya kekal dan dapat dimanafaatkan oleh manusia seperti buku=buku , majalah-majalah bimbingan serta perhiasan yang berharga. Ini semua adalah perkara biasa, tetapi sekarang muncul satu trend baru iaitu memberi hadiah dengan jambangan bunga yang bertimbub-timbun dirumah orang yang menerimanya , yang mana akhirnya bunga-bunga itu layu dan dicampakkkan bersama sampah-sarap sedangkan ia telah membebankan orang yang telah membelinya.

Saya diberitahu bahawa sebahagian besar dari bunga-bunga yang digunakan untuk memberi hadiah itu dibawa masuhk dari Negara-negara Eropah,sedangkan disekeliling kita penuh dengan kebun-kebun bunga yang beraneka jenis. Amatlah malang kalau kita tidak menyedari kejahilan serta sikap boros kita.

Kata-kata saya ini bukanlah untuk mengecil-ngecilkan nilai bunga . Ia mempeunyai peranan mengindahkan rumah dan meningkatkan perasaan kekeluargaan. Tatapi yang saya maksudkan ialah kita hendaklah berjimat dan emeberi hadiah dalam bentuk yang lain, kecualai kalau bunga tersebut diperoleh dengan percuma.


No comments: