Nota hati ustaz pahrol
Hati yang merdeka juga dipenuhi oleh sifat-sifat mahmudah seperti sabar, pemurah, berani, pemaaf dan sebagainya. Hubungan hati yang kukuh dengan Allah menghasilkan keakraban hubungan sesama manusia.
Hati yang merdeka bukan sahaja baik tetapi juga mampu memperbaiki hati orang lain dan memberi kebaikan kepada semua.
Sekiranya dalam hati masih terasa makhluk atau harta dunia ini lebih besar daripada Allah, maka itulah hati yang terjajah. Hati yang membesarkan nikmat tetapi melupakan “Pemberi” nikmat.
Apabila berinteraksi dengan alam tidak terangsang untuk “berkomunikasi” dengan Penciptanya. Alhasil, yang dipuji dan dipuja hanya keindahan alam, bukan Allah Maha Indah yang menciptanya.
No comments:
Post a Comment