Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengajarkan doa ini kepadanya:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ
Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu."
(Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3846)
Apa yang kita belajar daripada doa ini?
1) Memohon kebaikan secara umum tanpa mengkhususkan jenis kebaikan.
2) Boleh jadi kita mahukan sesuatu tapi kita tidak tahu sebenarnya ia tidak baik buat kita.
3) Serahkan urusan kita kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat.
Semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja kepada kita di dunia dan akhirat.
=====
No comments:
Post a Comment