Sunday, November 18, 2012

Mari hindari wabak zina

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Hari ini zina dah dipandang sesuatu yang ringan dan dah jadi wabak walaupun
pada hakikatnya ia adalah satu dosa besar yang membawa banyak kemusnahan
kepada diri, keluarga dan masyarakat. Jom mak ayah amalkan doa ini untuk
anak-anak supaya anak cucu kita terhindar dari wabak zina ini.



 اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah
kemaluannya.

 Renungan Hadis
 Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita: Suatu hari seorang pemuda
 datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah izinkan
 saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu
 dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini.
 Dia pun duduk dekat Rasulullah.
 Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu?
 Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu
 (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu). Baginda bersabda:
 Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka.
 Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu?
 Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
 Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi
 pada anak-anak perempuan mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina
 itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah,
 moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda:
 Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.
 Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu
 (sebelah ayah)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
 Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
 Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)?
 Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu.
 Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
 Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa:
 Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
 Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.
 Riwayat Ahmad

No comments: