بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Abu Qilabah (d. 105 AH) adalah seorang yang soleh ( successor) dan anak murid kepada Anas bin Malik (r.a).
Pada suatu hari dia menziarahi seorang askar yang patah kedua kakinya kerana terjatuh dari rumahnya. Beliau berkata " Aku berharap ini akan menjadikan manafaat dan baik untuk engkau".
Askatritu berkata " Wahai Abu Qilabah , apakah faedah dan kebaikan yang aku dapat dari patah kedua belah kaki ni ?"
Beliau berkata : " Apa yang Allah selamatkan anda melalui ini mestilah lebih baik bagi anda."
Tiga hari kemudian , gabenor Iraq mengeluarkan perintah untuk menghantar semua askar untuk menyerang kabilah Hussein b. Ali b. Abi Talib diKarbala. Askar itu berkata kepada ketuanya .
"Macammana aku nak ikut , tengoklah keadaanku ini?"Jadi di dikecualikan.
Seminggu selepas itu , terdapat khabar tentang penyembelihan cucu Rasulullah saw dan askar itu berkata " Semoga Allah mengasihani Abu Qilabah, dia betul- adalah lebih baik patah kaki dari menjadi sebahagian yang terlibat dengan penyembelihan itu.
Pengajaran dari ceriat: Sentiasa letakkan sangka baik dan keyakinan kepada Allah swt , apa yang dia takdirkan untuk anda adalah terbaik untuk anda walaupun anda tidak mneyedarinya.
[Taken from Ibn al-Jawzi's Sifat al-Safwa, 1/120].
No comments:
Post a Comment