Wednesday, November 13, 2013

KANAK-KANAK DAN FILEM.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



jawab soalan pun ikut karakter  filem- credit  oh media



By Mahmud mahdi Istanbuli

Persoalan kanak-kanak dan filem adlah persoalan yang serius. Meskipu ia begitu serius tetpi jarang ada  orang yang memberi perhatian terhadapnya.Ramai ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka kepanggung wyang tanpa memikirkan kesan yang akan timbul darinya. Hal ini telah membawa banyak keburukan dan ini bukanlah dakwaan yang keterlaluan.Dibawah ini saya perturunkan perangkaan dari negara barat  yang membuktikan adanya hubungan dan kaitan yang rapat anatara filem dan kejadian  jenayah dikalangan belai. Pernagkaan ini saya kutip dari buku "Reformasi sosial".

Yayasan Bayan telah membuat kajian pada tahun 1930 mengenai pengaruh filem keatas kanak-kanak. Apa yang beralaku dari 115 jenis filem jenayah dan detektif  yang terkenal pada waktu itu , sebanyak 406 kesalahan jenayah telah dilakukan dan 43 kesalahan yang belum sempatdilakukan. Dalam hubungan ini Dr Blumar dan Dr. Humar telah membuat penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar lelaki dan wanita disekolah-sekolah tinggi dan menengah dapat bertolakansur  dalam pandangan mereka terhadap jenayah dan penjenayah menerusi filem-filem yang disebutkan tadi dan sejauh mana kesan filem terhadap orang yang melakukan kesalahan atau berpotensi melakukannya.
Kajian menunjukkan pelajar-pelajar lelaki dan wanita disekolah-sekolah tersebut melahirkan simpati mereka kepada para penjenayah. Bukan setakat bertolak ansur sahaja dengan mereka, malah mereka kagum dan berminat dengan jenayah yang dilakukan.

Ujian-ujian yang dijalankan keatas kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah menunjukkan bahawa filem-filem jenis "cowboy" mencetuskan keinginan dalam diri mereka melakukan cara yang serupa bagi mendapat wang denag njalan yang mudah.

Seramai 49 daripada 110 penghuni pusat pemulihan untuk orang dewasa bersetuju bahawa filemlah yag mencetuskan dalam diri mereka untuk membawa pistol. Sementara antara 12 hingga 21 orang berpendapat filemlah yang mengajar mereka cara-cara untuk mencuri ,menipu, dan cara mengabui polis, cara-cara menyerang hendap dan sebagainya.

Mungkin kesan-kesan secara tidak langsung lebih serius dan lebih mendalam dari kesan secara langsung ,. Dari kalangan 252 orang gadis yang rosak moralnya (berumur diantara 14 hingga 16 tahun), 25% daripada mereka mengakui bahawa mereka telah mengadakan hubungan jenis dengan lelaki selepas perasaan dan nafsu mereka memuncak setelan menonton filem-filem cinta  dan 33% pula mengaskan semasa mereka melarikan diri dari rumah mereka terpengaruh dengan beberapa buah filem yang mereka tonton. Sementara 38%  pula menyebutkan mereka hidup gelisah , sunyi, menyisih-diri dan mencari kesempatan dengan sebab menonton filem.

Demikian diantara keburukan filem keatas kanak-kanak dan belia-belia disekolah rendah.menengah dan tinggi . Kalau kita menyarankan supaya filem-filem ditapis ( dan ini mustahil dan sukar kerana semuanya filem ganas kecuali sedikit sahaja) atau pihak berkuasa Arab menyediakan filem-filem bercorak saintifik , pendidikan dan sejarah yang menyelamatkan kita dari keburukan itu, syor-syor seperti ini dianggp kolot.

Sebelum mengakhiri perbincangan ini perlu dijelaskan faedah filem-filem saintifik dan moral. Apa yang dipelajari oleh murid-murid melalui filem dalam setahun dapat mengatasi apa yang dipelajari oleh mereka bertahun-tahun disekolah.
Alangkah wajar bagi Kementerian Pelajaran dinegara Arab merubah sistem disekolah-sekolah kita  dan memesukkan filembercorak pendidikan secara yang lebih luas dan ini akan membawa banyak kebaikan kepada generasi baru dan mengalihkan perhatian mereka dari filem-filem lucah dan kejam.

Membiarkan panggung-panggung wayang menanam modal dengan wang orang ramai yang ingin ditarik kearahnya melalui cara membangkitkan nafsu mereka adalah suatu jenayah yang tidak boleh dimaaafkan. Tokoh-tokoh agama di Barat telah menyedari betapa mendalamnya kesan filem. Justru itu mereka melabur didalamnya secara meluas dan filem-filem tersebut telah membanjiri kita tanpa kita menyedarinya.


Didalam perlembagaan Isra'il terdapat saranan untuk menghapuskan bangsa Arab dengan cara menarik dan menggoda mereka kearah keruntuhan akhlak suoaya mereka bergelumang dengan keburukan dan jenayah melalui filem dan lain-lain media. Apakah ini telah kita sedari?

No comments: