Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud mahdi Istanbuli
Kita
sering memandang kanak-kanak dengan pandanganyang pelik, dan jahil mengenai
perasaannya. Kiata sering membebbankan kanak-kanak dengan pekerjaan yang diluar
kemampuan nya sehingga apabila ia tidak berjaya melakukannya kita
merendahkannya dan melemparkan tuduhan terhadapnya. Pendeknya kita
mengkritiknya, yang boleh melemahkan kemahuan serta menampakkan ia tidak
berdaya dan tidak sesuai melakukan sebarang kerja, Atau samada kita tidak
meletakkan sebarang beban keatasnya kerana yakin ia tidak sesuai melakukannya.
Dengan itu ia dibesarkan
dengan sikap liar dan bergantung pada
orang. Lantaran itu apabila ia meningkat remaja dan kita menugaskan sesuatu
kerja , maka ia akan menolaknya dan kalu kita berkeras maka kita akan
"berlaga" dan berkelahi dengannya.
Dalam
kedua-dua keadaan ini kesalahan terletak keatas ibubapa yang jahilyang tidak
mengerti tentang perasaan kanak-kanak yang sepatutnya dilatih sejak dari kecil
lagi untuk melakukan kerja-kerja yang sesuai dengan umur dan kemampuannya.
Disamping memberi segala galakan supaya kelak apa bial aia dewasa dapat berdiri
diatas kakinya dan bersedia untuk melaksanakan arahan yang wajar difahamkan
faedah dan keperluannya seberapa yang boleh kepadanya.
Sebagai
contoh bolehlah kita mengambil ibadah sembahyang yang merupakan hubungan
penting antara Allah dan hamba, Kiranya hubungan ini putus maka sukar untuk
dibaiki dalam soal-soal lain. Sebahagian besar ibubapa yang soleh mencela
naka-anak mereka kerana tidak menunaikan ibdah yang penting dan berfaedah ini,
ketika mereka menyuruh anak-anak mereka bersembahyang semasa usia mereka
meningkat . Bukankah ini bertentangan dengan sunnah seperti yang disabdakan
oleh RasuluLlah SallaLlahu 'alihi Wasallam:
"Suruhlah anak kamu
bersembahyang semasa mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka semasa berusia
sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka."
I
bubapa
hendaklah mengikuti hadith ini dengan menggesa anak-anak mereka menunaikan
ibadat tersebut seperti yang disuruh oleh syara' sehingga apabila mereka besar
mereka akan bermesra dan biasa dengannya.
Soal
mengasingkan tempat tidur anak-anak seperti yang disentuh diakhir hadith tadi,
ia adlah mustahak dan penting sekali.
Anjuran ini biasanya diabaikan oleh ibubapa
dan kelak mereka meneriam keburukannya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku
membuktikan demikian dan ia banyak berlaku.
Kanak-kanak
suka orang yang bergantung dengannya dan menugaskannya melakukan sesuatu yang
sesuai dengan umurnya. Kiat mestilah memenuhi keinginan ini dan selalu
menggalakkkanya agar ia dapat berdiri diatas kaki sendiri apabila besar kelak.
Seorang anak telah meminta bapanya membeli kayu "ski" untuknya .
Siayah mengesyorkan supaya sianak pergi kehutan mencari kayu api dan menjualnya
dan pendapatan itu boleh digunakan untuk membeli apa yang dia suka.
Alangkah
mulianya didikan itu.
Sebagai
mengakhiri perbincangan ini ingin saya perturunkan analiasa ringkas mengenai
perasaan kanak-kanak yang saya petik dari salah sebuah buku pendidikan.
Kanak-kanak
sukakan alam tabie tetapi guru-guru meletakkan murid-murid dalam bilik yang
tertutup . Ia suka bermain, tetapi ibubapa tidak mengetahui faedah permainan
itu lalu mereka mencegahnya.Kanak-kanak suka bergerak tetapi mereka dipaksa
supaya diam. Merka suak berhubung dan bertembung dengan segala sesuatu tetapi
guru-guru melarangnya. Merka diajar denga idea yang "abstract"
sahaja. Mereka suka menghafalnya .Kanak-kanak suka mencari ilmu tetapi mereka
menyampaikan kepadanya secara suadah siap. Mereka suka bekerja dengan bebas
tetapi guru dan ibubapa memaksanya untuk patuh dan taat.
No comments:
Post a Comment