Wednesday, September 10, 2014

AKHLAK NEGATIF.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




By- Mahmud mahdi Istanbuli


Suatu ketika seorang pendita telah menziarahi suatu perkuburan. Beliau mendapati disana ada sorang wanita yang menangis agak lebih kuat dari temannya. Lalu dia menghampiri wanita itu sambil bertanya  “siapa yang engkau tangisi ini?”. Jawabnya “salah seorang keluargaku”.  “ Bila ia meninggal?”Tanya pendita itu lagi. Katanya “sejak dua bulan”. “Bagaimana orang itu dalam masa hidupnya?”Jawab wanita itu “ia tidak menyusahkan orang, ia tidak menganiaya  sesiapa dan tidak bergaul dengan sesiapa. Ia keluar rumah dan kemesjid dan dari masjid kerumah sahaja”. Maka kata pendita itu kepada wanita tadi “ eloklah kamu beredar dari sini, keluarga kamu itu telah lama meninggal walaupun sebenarnya baru dua bulan dikebumikan”.

Cerita yang saya bawa sebagai pendahuluan kepada tajuk ini bertujuan untuk menjelaskan pengertian “akhlak negative”. Merupakan bahagian pertama dari akhlak  Sementara satu bahagian lagi ialah akhlak positif, yang membuatkan seseorang rela mendedahkan dirinya kepada kerugian –dari segi kebendaan dan moral- demi untuk kebaikan orang lain.Disamping sanggup memberikan perkhidmatan kepada manusia sekadar kemampuannya dan tidak hanya sekadar melindungi bahaya dari mereka.Malah mereka sanggup menanggung bahaya dan berkhidmat penuh sukarela kepada mereka serta sedia membantu mereka dengan kekayaan dan kedudukannya.

Demikian tadi beberapa ulasan berhubung dengan akhlak negative yang terbesar dikalangan sebahagian besar keluarga kita. Sebahagian besar keluarga yang slaih, dapat kita melihat terbatas pergaulannya dikalangan mereka sahaja dan hanya berpada dengan menjamin kepentingannya sahaja. Sedangkan jiran mereka menderita dan mengeluh mencium bau makanan mereka.

Bagi golongan seperti ini saya perturunkan hadis Rasulullah saw mengenai hak jiran

“ Bukan dari orang mukmin siapa yang tidur kerana kekeyangan sedangkan jiran disisinya kelaparan dan ia mengetahui.”

Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang orang-orang islam seperti yang disebut didalam hadis tadi dianggap tidak dianggap dari kalangan orang islam. Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap orang-orang yang menderita maka ancaman mereka akan terkena keatasnya. Justeru itu wajib bagi kita melindungi kekayaan kita dengan mengeluarkan zakat.


Akhlak negative (tidak baik) tidak dapat menyelamatkan tuannya  dan tidak dapat mengikiskan dosa daripadanya. Dalam menerangkan wajib seseorang itu menghiasi dirinya dengan akhlak yang positif, 

Allah taala berfirman:“ Allah bersama orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan”

No comments: