Friday, April 19, 2024

Maha suci engkau..

Credit ustaz fazrul
Tadabbur dengan Soalan
Surah al-Baqarah

Pertanyaan: Apa yang dapat kamu fahami dan ambil pelajaran dari perkataan para malaikat, “Subhanak La 'Ilma Lana Illa Ma Allamtana” (Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami)?

Jawapan:
5. "Mereka menjawab, "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha bijaksana."

Orang yang ditanya tentang suatu pengetahuan apabila tidak mengetahui hendaklah menjawab, "Allahu a'lam, aku tidak tahu." Hal ini disebabkan meneladani sikap malaikat dan para nabi serta para ulama yang baik. Akan tetapi Allah menyampaikan bahawa bersamaan dengan wafatnya para ulama dicabutnya ilmu. Hingga yang tersisa hanyalah orang-orang bodoh diminta menjatuhkan hukum. Mereka pun menjatuhkan hukum dengan pendapat peribadi sehingga cenderung tersesat dan menyesatkan. (Al-Qurthubi: 1/425)

#tadabburdengansoalan
#tqms006
#tqsurah002

No comments: