Perkongsian di personal FB Ustaz Syaari Ab Rahman
Saya ingin kongsikan di sini sekurang-kurangnya lima perkara akan BERTAMBAH apabila kita membaca dan menghayati sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi 👇
Pertama, menambah KESYUKURAN. Inilah aqidah dan “mindset” penting hidup di akhir zaman. Ketika manusia suka mengejar-ngejar apa yang mereka sangka belum cukup, mukmin itu sentiasa menghargai apa sahaja yang Tuhan berikan dan jadikan di hadapan matanya. Mendalam makna ayat 1 yang bermula dengan الحمد.
Kedua, menambah KEHAMBAAN. Ini berdasarkan penyebutan kalimah عبد pada ayat pertama yang merujuk pada gelaran Nabi SAW ketika menerima Kitabullah. Menjadi hamba bermakna mengiktiraf bahawa kita bukan pemilik, sekadar menerima “barang pinjaman” buat sementara waktu sahaja. Kelak perlu dipulangkan semula pada Dia.
Ketiga, menambah AMALAN. Percaya Allah dan hari Pembalasan sahaja tidak memadai jika tidak disusuli dengan kemahuan untuk membuat bekalan, ketaatan dan amal ibadah kepada Tuhan. Ayat 2 dan 7 memberikan khabar gembira pada mereka yang sentiasa memperelok amal ibadahnya kepada Tuhan.
Keempat, menambah KETENANGAN. Ayat 6 bersifat “tasliah” untuk tujuan menenangkan jiwa dan emosi Nabi SAW agar tidak terlalu resah gelisah, tidak sekali-kali menyalahkan diri sendiri sehingga boleh memudharatkan kesihatan tubuh hanya kerana kaumnya tidak mahu beriman kepada dakwah Baginda.
Kelima, menambah KETAQWAAN. Mukmin akan sentiasa berhati-hati dengan pilihan dan keputusan yang dibuat kerana dibimbangi ia menimbulkan murka Tuhan. Istighfar dan taubat sentiasa menjadi zikir hariannya. Mukmin ini faham bahawa ayat 7 menegaskan hakikat hidup di akhir zaman ini sentiasa dikelilingi pelbagai fitnah dan ujian sehingga dia perlu selalu berdoa memohon bantuan Tuhannya seperti apa yang dilakukan pemuda al-Kahfi pada ayat 10.
Link 👇🏼👇🏼
https://www.facebook.com/share/p/PnSGMbHnw1J5GH9W/?mibextid=oFDknk
4 Safar 1446, Jumaat
#TadabburNetizen #SurahAlKahfi
No comments:
Post a Comment