Friday, September 11, 2026

Kompas hidup- al quran

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
By aqilah nor

Baru-baru ini, seorang pendaki warga Croatia, Mauro Persic, dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau akhirnya ditemukan hidup.

Operasi mencarinya mengambil masa beberapa hari dan melibatkan puluhan anggota penyelamat dan malim gunung.

Dalam kronologi kejadian itu, beliau dipercayai memasuki kawasan gunung melalui laluan tidak rasmi, tanpa permit pendakian Sabah Parks.

Ketika panggilan kecemasan diterima, koordinat awal yang diperoleh pula menunjukkan kedudukannya jauh daripada laluan standard.

Pasukan penyelamat berhadapan satu persoalan besar,

Di manakah lokasi dia sebenarnya?

.

Membaca kisah ini membawa kita berfikir tentang hubungan manusia dengan Al-Quran.

Seorang pendaki boleh mempunyai satu destinasi yang jelas iaitu puncak.

Dia berjalan.
Dia mendaki.
Dia menggunakan tenaga.
Dia mungkin sudah bergerak berjam-jam.

Tetapi banyaknya langkah yang diambil belum menentukan,
Adakah arah yang dipilih membawa kepada destinasi?

.

Begitu juga kehidupan.

Kita sentiasa bergerak.

Belajar.

Bekerja.

Membina keluarga.

Mengejar sesuatu.

Membuat keputusan.

Setiap hari membawa kita semakin jauh dalam perjalanan kehidupan.

Lalu Al-Quran memperkenalkan dirinya dengan satu perkataan yang sangat jelas.

هُدًى

Petunjuk.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

“Kitab ini… petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Al-Baqarah: 2)

.

Bayangkan fungsi sebuah petunjuk ketika berada di gunung.

Kita berdiri pada satu titik dan hanya mampu melihat kawasan di sekitar kita.

Sebuah denai mungkin kelihatan mudah.

Satu arah mungkin terasa lebih dekat.

Kaki kita pula mampu terus berjalan.

Tetapi orang yang mengenali keseluruhan medan,
melihat sesuatu yang kita belum mampu lihat dari tempat kita berdiri.

Di hadapan mungkin ada gaung.

Ada cerun.

Ada jalan mati.

Ada perubahan cuaca.

Ada kawasan yang semakin membawa kita jauh.

Manusia melihat beberapa langkah di hadapan.
Allah mengetahui seluruh perjalanan.

.

Sebab itu wahyu begitu penting.

Allah yang menciptakan manusia juga mengetahui medan kehidupan yang sedang manusia lalui.

Dia mengetahui ke mana sesuatu pilihan membawa kita.

Dia mengetahui apa kesan selepas sesuatu keputusan dibuat.

Dia mengetahui kesan yang mata manusia hari ini masih belum mampu melihat.

Lalu Allah memberikan manusia hudan.

Arah.
Panduan.
Sempadan.

Supaya langkah yang kita ambil membawa kita menuju destinasi yang sebenar.

.

Allah berfirman:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ
وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia. Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu akan memisahkan kamu daripada jalan-Nya.”

(Al-An‘am: 153)

Perhatikan bagaimana Allah menggunakan gambaran jalan.

Ada destinasi.
Ada arah.
Ada perjalanan.

Dan sepanjang perjalanan itu, manusia sentiasa membuat pilihan.

.

Di sinilah hubungan dengan Al-Quran menjadi sangat dekat.

Setiap kali membuka Al-Quran, sebenarnya kita sedang memeriksa kembali koordinat kehidupan.

Di manakah aku sekarang?

Ke mana keputusan-keputusan aku sedang membawa aku?

Adakah arah hidup ini selari dengan arah yang Allah tunjukkan?

Kadang-kadang manusia sangat sibuk mengukur sejauh mana dia sudah pergi.

Sedangkan ukuran yang lebih penting ialah,
ke arah mana dia sedang bergerak.

.

Kerana seseorang boleh berjalan sangat jauh.

Boleh menghabiskan begitu banyak tenaga.

Boleh mendaki begitu tinggi.

Boleh merasa dirinya sedang membuat progress.

Sedangkan arah menentukan sama ada setiap langkah itu semakin mendekatkan atau semakin menjauhkan.

Movement is not the same as direction.

.

Apabila seseorang tersesat di gunung, keadaan di sekeliling akhirnya memberi isyarat bahawa dia telah kehilangan arah.

Dalam kehidupan, seseorang boleh terus bekerja, mengejar, mencapai dan bergerak selama bertahun-tahun sambil menyangka semuanya sedang menuju ke tempat yang betul.

Sebab itu manusia memerlukan hudan.

Petunjuk yang sentiasa mengembalikan koordinat kita.

.

Kerana itulah Al-Quran perlu hadir sepanjang perjalanan hidup.

Ia menemani langkah supaya hati sentiasa tahu arah pulang.

Gunung mempunyai puncaknya.
Kehidupan juga mempunyai destinasi akhirnya.

Dan Allah yang menciptakan perjalanan ini telah menunjukkan jalannya.

Tepuk dada, tanya jiwa:

Ke arah manakah yang kita sedang tuju sekarang?

#coretanaqilahnor

Tuesday, September 8, 2026

Al muzammil & tahajud

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
By aqilah nor

Terbaca satu perkongsian,

“Tahajud pukul 3 pagi tak sama effect dengan tahajud pukul 5 pagi. Cuba buat dulu.”

Terus teringat Surah Al-Muzzammil.

Hari ini kita mudah bercakap tentang,

2 pagi.
3 pagi.
4.30 pagi.
5 pagi.

Sebab kita hidup dengan jam yang boleh mengukur waktu sampai ke minit.

Zaman Rasulullah dan para sahabat, manusia tidak mempunyai jam seperti yang kita gunakan hari ini.

Siang mudah diukur menerusi bayang-bayang,
Tetapi malam hari ukurannya sudah sukar.

.

Apabila Allah bercakap tentang qiyamullail dalam Surah Al-Muzzammil, Allah tidak menyebut pukul berapa seseorang perlu bangun.

Allah berfirman,

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا ۝ نِصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا ۝ أَوْ زِدْ عَلَيْهِ

“Bangunlah pada malam hari kecuali sedikit. Separuh daripadanya, atau kurang sedikit daripada itu, atau lebihkan sedikit.”

(Al-Muzzammil: 2–4)

Separuh.
Kurang sedikit.
Tambah sedikit.

Tiada angka pada jam.

.

Kemudian di penghujung surah, Allah kembali bercakap tentang malam.

أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ

Ada yang berdiri hampir dua pertiga malam.

Ada yang separuh.

Ada yang sepertiga.

Kemudian Allah berfirman,

وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Allah menentukan ukuran malam dan siang.”

Diikuti,

عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ

“Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan mampu menghitungnya dengan tepat.”

(Al-Muzzammil: 20)

Ini yang menarik.

Manusia mungkin tidak mampu menghitung malam dengan tepat.
Allah mampu.

Kita hari ini mempunyai jam yang jauh lebih precise.

Tetapi precision pada jam tidak bermaksud kita mempunyai precision tentang nilai spiritual sesuatu ibadah.

Sebab itu apabila disebut,

“Tahajud pukul 3 pagi effect-nya tak sama dengan pukul 5 pagi,”

terlintas satu soalan dalam kepala saya,

Apa yang dimaksudkan dengan “effect”?

Dan dari mana kita mengetahui perbezaan effect itu?

Surah Al-Muzzammil sendiri tidak memberikan formula,

3 pagi = sekian effect.

5 pagi = sekian effect.

Sebaliknya, semakin sampai ke penghujung surah, semakin luas ruang yang Allah berikan.

Allah tahu akan ada manusia yang sakit.
Ada yang keluar mencari rezeki.
Ada manusia dengan malam dan siang yang berbeza.

Kemudian Allah berfirman,

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ

“Bacalah apa yang mudah bagimu daripada Al-Quran.”

Allah tahu kapasiti manusia tidak sama.

.

Mungkin kerana hidup kita hari ini sangat bergantung pada angka, tanpa sedar kita membawa cara berfikir yang sama ke dalam kehidupan spiritual.

Pukul berapa?

Berapa rakaat?

Berapa minit?

Berapa kali?

Angka boleh membantu kita membina struktur.

Tetapi angka tidak boleh memberitahu kita nilai amal seseorang di sisi Allah.

Kita nampak seseorang bangun pukul 3 pagi.

Kita nampak seorang lagi hanya sempat bangun pukul 5 pagi.

Itu sahaja yang kita nampak.

Sedangkan ayat 20 bermula dengan kalimat,

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ

“Sesungguhnya Rabbmu mengetahui.”

Allah tahu berapa lama seseorang berdiri.

Allah tahu bagaimana dia membaca.

Allah tahu keadaan tubuhnya.

Allah tahu apa yang sedang dipikul dalam kehidupannya.

Allah tahu bentuk malamnya.

Dan Allah tahu bentuk siangnya.

Surah Al-Muzzammil sangat mendamaikan.

Ia tidak mengajar kita menjadikan perjalanan orang lain sebagai measuring stick kepada perjalanan kita.

Jam membantu kita mengetahui waktu.
Tetapi jam tidak mengetahui manusia.

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ

Rabbmu yang mengetahui.

#kupasansurahalmuzzammil

Monday, September 7, 2026

Yoga

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
By aqilah nor

Selepas perbincangan tentang yoga baru-baru ini, saya terjumpa satu video yang sangat menarik.

Kali ini yang bercakap bukan seorang ustaz.

Tetapi Rajiv Malhotra, seorang pemikir yang banyak membicarakan tradisi Dharmik.

Tajuk videonya:
Muslim Yoga & Its Controversies.

Menarik untuk kita dengar kerana kali ini yoga diterangkan dari perspektif seseorang yang mahu mempertahankan akar tradisinya sendiri.

.

Rajiv membincangkan fenomena yang boleh disebut sebagai “Muslim Yoga”.

Ada Muslim yang melihat manfaat fizikal yoga tetapi berhadapan dengan beberapa perkara yang tidak selari dengan kepercayaan Islam.

OM menjadi masalah.

Mantra menjadi masalah.

Surya Namaskar menimbulkan persoalan.

Begitu juga beberapa konsep spiritual di belakang yoga.

Lalu muncul satu jalan tengah.

Buang unsur tersebut.
Ambil pergerakannya.
Ada pula yang memasukkan zikir, nama Allah atau ayat Al-Quran.

Yoga pun “diislamisasikan”.

.

Rajiv sendiri membantah pendekatan ini.

Beliau mahu yoga diterima bersama akar Dharmik dan dimensi spiritualnya.

Dalam kerangka pemikirannya, 
apabila OM dibuang, 
Surya Namaskar dipisahkan daripada makna sakralnya dan istilah seperti prana diterjemahkan sekadar “breathing”,

kita sedang mengambil sebuah sistem daripada tradisinya kemudian mengubahnya supaya sesuai dengan worldview kita.

Beliau beri istilah  “digestion” untuk menerangkan proses seperti ini.

.

Rajiv turut membawa contoh Mohammad Kaif, bekas pemain kriket India.

Kaif pernah menerima kritikan selepas memuat naik gambar dirinya melakukan Surya Namaskar.

Dalam mempertahankan tindakannya, 
Kaif menjelaskan bahawa ketika melakukan gerakan tersebut, 
Allah tetap berada dalam hatinya.

Tetapi Rajiv melihat respons seperti ini sebagai usaha menjauhkan Surya Namaskar daripada dimensi sakral asalnya dan menjadikannya sekadar physical exercise.

Bukankah ini antara hujah yang biasa kita dengar?

“Yang penting niat. Saya buat untuk exercise sahaja.”

Tetapi Rajiv sendiri tidak mahu yoga di downgrade menjadi  exercise semata.

.

Beliau membawa satu lagi contoh dari Pakistan.

Ada guru yoga Muslim yang cuba memisahkan yoga daripada agama.

OM tidak dilantunkan.

Surya Namaskar diterangkan sebagai senaman fizikal.

Yoga cuba dipersembahkan sebagai sesuatu yang neutral daripada agama supaya ia boleh diamalkan oleh Muslim.

Sekali lagi Rajiv membantah.

Bagi beliau, pendekatan seperti ini mencabut yoga daripada konteks dan worldview yang membentuknya.

.

Di sinilah saya teringat kembali kupasan Dr. Zakir Naik tentang yoga.

Dr. Zakir melihat yoga melalui comparative religion.

Rajiv pula melihatnya daripada kerangka Dharmik.

Mereka berdiri pada dua worldview yang sangat berbeza.

Kesimpulan mereka juga bertentangan.

Dr. Zakir melihat akar spiritual yoga sebagai sebab Muslim perlu menjauhinya.

Rajiv melihat akar tersebut sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan apabila yoga diamalkan.

Tetapi  kedua-duanya membawa kita satu titik persamaan bahawa,

Yoga bukan  stretching semata-mata.

.

Rajiv menggalakkan Muslim mengamalkan yoga yang autentik, bukan versi yang telah disaring supaya sesuai dengan Islam.

Dalam kerangka beliau, 
seseorang sepatutnya memberi ruang untuk mengalami yoga yang tulen. Bukan adaptasi.

Ini satu mesej yang sangat dalam untuk muslim.

Kalau untuk mengamalkan sesuatu secara “autentik” kita perlu mengetepikan dahulu filter agama sendiri,

bukankah itu sendiri sesuatu yang patut membuatkan kita berhenti dan berfikir?

.

Kalau yang diperlukan ialah stretching,
buat stretching.

Kalau perlukan flexibiliti,
buat flexibility training.

Kalau perlukan mobilitu,
buat mobility training.

Kalau perlukan strength,
buat strength training.

Kita tidak perlu mengambil sebuah sistem daripada worldview lain, membuang bahagian yang tidak selari dengan Islam, memasukkan zikir dan ayat Al-Quran, kemudian menamakannya “Muslim Yoga”.

.

Apa yang boleh kita pelajari daripada Rajiv sendiri...

Kalau beliau mahu yoga dikenali bersama akar Dharmiknya,
kita tidak perlu menafikan akar itu.

Tak perlu katakan,

“Yoga sebenarnya cuma exercise.”

Tak perlu menukar maksudnya supaya lebih mudah diterima oleh Muslim.

Fahami yoga sebagaimana tradisi itu menerangkannya.

Kemudian sebagai Muslim,
buat keputusan berdasarkan ilmu tentang apa yang sebenarnya sedang kita pilih.

Setiap pilihan kita akan dipertanggungjawabkan. 

‼️ Peringatan: Mohon tidak menggunakan bahasa kesat dalam menulis di ruang ini

#yogadanislam

Felda oh felda

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Berikut adalah senarai penyelewengan, kepincangan tadbir urus, serta jumlah kerugian utama Kumpulan FELDA berdasarkan dapatan rasmi Kertas Putih FELDA (2019) dan Laporan Audit Forensik Ernst & Young:

Gambaran Keseluruhan Kewangan

 * Kerugian Bersih Kumpulan (2017): RM4.9 bilion (berbanding keuntungan RM5.8 bilion pada 2012).

 * Penyusutan Rizab Tunai (2007–2017): Susut daripada RM2.4 bilion kepada RM400 juta.

 * Jumlah Liabiliti / Hutang (2017): RM14.4 bilion (merangkumi pinjaman bank/institusi kewangan sebanyak RM12.1 bilion).

 * Kemerosotan Nilai Aset Lapan Projek Audit Forensik: RM2.2 bilion daripada jumlah pelaburan asal RM4.4 bilion (penjejasan nilai mencecah 50%).
Kerugian & Penyelewengan Mengikut Projek / Pelaburan (Laporan Audit Forensik)

 1. PT Eagle High Plantations Tbk (EHP), Indonesia

   * Jumlah Pelaburan Asal: USD505.4 juta (sekitar RM2.26 bilion dibiayai pinjaman GOVCO).

   * Bentuk Penyelewengan: Dibeli pada harga 95.86% lebih tinggi berbanding harga pasaran asal tanpa penilaian kredit yang wajar ke atas penjual.

   * Jumlah Penjejasan / Kerugian Nilai: RM1.576 bilion (direkodkan pada 2017).

 2. Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Jalan Semarak

   * Nilaian Tanah: RM618 juta (nilaian komersial dianggarkan mencapai RM1.062 bilion).

   * Bentuk Penyelewengan: Hak milik 24 lot tanah FELDA dipindahkan kepada pemaju (Synergy Promenade) menggunakan Surat Kuasa Wakil (POA) tanpa pengetahuan/kelulusan Lembaga Pengarah FELDA.

   * Risiko Liabiliti Tambahan: FELDA terikat dengan komitmen perjanjian sewa ruang pejabat sekurang-kurangnya RM1.5 bilion untuk tempoh 20 tahun.

 3. Park City Grand Plaza Kensington (GPK Hotel), London

   * Jumlah Pelaburan / Pembayaran: GBP60 juta.

   * Bentuk Penyelewengan: Tiada Perjanjian Jual Beli (S&P) terus antara FIC dengan pemilik asal (harga asal tanah hanyalah GBP46 juta). Baki GBP14 juta dibayar melalui pembelian saham syarikat offshore (BVI) atas nama peribadi pengarah.

   * Jumlah Kerugian Nilai: Sekurang-kurangnya GBP34 juta (kira-kira RM203.39 juta) apabila nilai saksama merudum kepada GBP26 juta.

 4. Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching

   * Harga Pembelian Asal: RM160 juta.

   * Bentuk Penyelewengan: Dibeli melebihi harga pasaran tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA, di samping melibatkan kes rasuah suapan RM3.09 juta.

   * Jumlah Kerugian / Penjejasan Nilai: RM80 juta (Nilai saksama merosot kepada RM80 juta pada 2017).

 5. Dataran Aras Sdn Bhd (DASB), Sarawak

   * Kos Pembelian Asal: RM148.2 juta.

   * Bentuk Penyelewengan: Tanah tidak dapat dibangunkan kerana 54% merupakan Tanah Adat Bumiputera (NCR). Isu ini disorok daripada Lembaga Pengarah FELDA.

   * Jumlah Penjejasan Nilai: RM146 juta (direkodkan pada 2017).

 6. Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC)

   * Jumlah Suntikan Dana FELDA: RM102 juta.

   * Bentuk Penyelewengan: Suntikan dana dibuat tanpa kebenaran Lembaga Pengarah FELDA. Melabur RM24.1 juta ke atas syarikat luar negara tanpa kelulusan, penugasan vendor tanpa tender (RM119.6 juta), dan bayaran RM13.11 juta tanpa bukti perkhidmatan.

   * Jumlah Penjejasan Nilai / Liabiliti Bersih: RM191 juta (termasuk hutang tidak terbayar dan tuntutan mahkamah).

 7. Grand Plaza Serviced Apartments (GPSA), London

   * Jumlah Pelaburan Asal: GBP98 juta.
   * Bentuk Penyelewengan: Pengurusan membayar exclusivity fee GBP980 ribu tanpa kelulusan. Wujud perbezaan GBP14.3 juta daripada jumlah yang dibayar oleh FELDA berbanding hasil yang diterima pemilik asal. Operasi menanggung kerugian purata RM19.82 juta setahun.

 8. Felda House & Grand Felda House (DEX), Wembley

   * Jumlah Kos Pengambilalihan: GBP167.76 juta (kira-kira RM883 juta).

   * Bentuk Penyelewengan: Transaksi dibuat menerusi syarikat BVI (Treax Innovation Ltd) yang diasaskan atas nama peribadi dua bekas pengarah FIC tanpa kelulusan. Kos sebenar melonjak GBP4.76 juta berbanding jumlah yang diluluskan.

Dianggarkan 95% melayu 2-3% cina India dan yang lain bumiputera sabah sarawak.

Friday, September 4, 2026

Yoga Dan sejarahnya

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Hari ini yoga sudah  berada dalam dunia fitness dan wellness.

Kita nampak stretching.
Gerakan perlahan.
Tarik nafas.
Suasana tenang.

Dan ia dilihat sebagai satu  bentuk senaman.

Tetapi apabila sesuatu amalan dikatakan melibatkan bukan sahaja body, 
tetapi juga mind and soul, saya rasa seorang Muslim perlu bertanya lebih jauh.

“Soul” yang bagaimana?

Konsep spiritual yang mana?

Dan dari worldview mana ia datang?

.

Sebab itu sebelum membuat kesimpulan tentang yoga, 
saya cuba menelusuri dahulu latar belakangnya dan merujuk kupasan mereka yang mengkaji isu ini.

Antara yang saya dengar ialah kupasan Dr. Zakir Naik.

Dalam membincangkan yoga, 
beliau membawa kita melihat sesuatu yang mungkin tidak kelihatan apabila yoga hanya diperkenalkan sebagai “exercise”.

Beliau menerangkan bahawa yoga mempunyai akar yang panjang dalam tradisi keagamaan dan falsafah India.

Ia bukan bermula sebagai kelas stretching di studio fitness.

Beliau turut merujuk kepada teks dan tradisi Hindu seperti Veda, Upanishad dan Bhagavad Gita dalam menerangkan latar belakang yoga.

Malah perkataan “yoga” sendiri dibincangkan dalam kerangka penyatuan, manakala dalam tradisi tertentu yoga berkait dengan matlamat spiritual seperti moksha atau pembebasan.

Kemudian beliau membawa contoh yang lebih mudah kita nampak.

Surya Namaskar.

“Surya” merujuk kepada matahari dan “namaskar” membawa makna penghormatan atau salutation.

Apabila sesuatu gerakan mempunyai hubungan dengan ritual atau penghormatan keagamaan, persoalannya makin rumit.

Di sinilah isu akidah mula perlu diberikan perhatian.

.

Perkara ini membuatkan saya berfikir.

Berapa banyak perkara yang kita kenali hari ini hanya melalui packaging modennya?

Kita kenal yoga melalui studio.

Yoga mat.

Legging.

Breathing.

Flexibility.

Stress relief.

Mindfulness.

Kita mungkin tidak pernah diperkenalkan kepada sejarah yang berada di belakangnya.

Sedangkan apabila kita menelusuri lebih jauh, yoga mempunyai sejarah yang jauh lebih luas daripada kategori “senaman”.

.

Saya pernah melalui satu fasa kehidupan apabila perkara-perkara berlabel spiritualiti, healing dan wellness menjadi sangat menarik perhatian.

Pengalaman itu mengajar saya satu perkara.

Sesuatu worldview tidak semestinya datang kepada kita dengan membawa label “agama”.

Kadang-kadang ia masuk melalui bahasa yang sangat moden.

Healing.

Energy.

Inner peace.

Mindfulness.

Mind-body-soul.

Wellness.

Self-care.

Semuanya kedengaran neutral.

Tetapi apabila sesuatu amalan sudah menyentuh wilayah “soul”, saya rasa kita perlu lebih teliti.

Kerana sebagai Muslim, kita sudah mempunyai kerangka tentang jiwa, ketenangan dan hubungan manusia dengan Tuhan.

.

Tubuh memang perlukan movement.

Kita perlukan stretching.

Kita perlukan fleksibiliti.

Kita perlukan kekuatan.

Kadang-kadang kita juga perlukan pergerakan perlahan yang membantu tubuh menjadi lebih tenang.

Tetapi kita mempunyai banyak pilihan.

Mobility training.

Stretching.

Strength training.

Walking.

Swimming.

Pilates atau bentuk latihan fizikal lain yang perlu dinilai berdasarkan kandungannya masing-masing.

Dan apabila yang dicari sebenarnya ialah ketenangan jiwa, kita mempunyai dunia spiritual yang sangat kaya.

Solat.

Zikir.

Doa.

Tilawah.

Tafakkur.

Tadabbur.

Duduk selepas solat dan memberikan ruang kepada hati untuk kembali kepada Allah.

.

Sebab itu awareness ini penting.

Supaya kita menjadi Muslim yang tahu apa yang kita pilih.

Apabila sesuatu trend wellness datang, kita boleh bertanya:

Dari mana ia berasal?

Apa falsafah di belakangnya?

Adakah ia sekadar latihan tubuh?

Atau ada ritual, simbol, kepercayaan dan konsep spiritual yang turut dibawa bersamanya?

Kemudian rujuklah mereka yang mempunyai ilmu sebelum membuat keputusan.

Kerana kadang-kadang sesuatu kelihatan seperti pergerakan tubuh semata-mata.

Tetapi apabila sejarahnya dibuka,
kita baru memahami bahawa ada cerita yang jauh lebih panjang di belakangnya.

.

#yogadanislam
#kupasandrzakirnaik

Wednesday, August 26, 2026

Fatimah asad r.a

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

FATIMAH ASAD R.A MENJADI TEDUHAN KASIH RASULULLAH SAW SETELAH KEHILANGAN
Ustazah Hasanah binti Khairuddin
Pegawai Eksekutif Kanan ISMA
Disebalik sosok seorang Rasul yang teguh dan mulia, adanya seorang wanita mulia yang kasih sayangnya menjadi teduhan sewaktu Baginda SAW kehilangan tempat bergantung. Beliau adalah Fatimah binti Asad r.a, isteri kepada bapa saudara Rasulullah SAW; Abu Talib yang memelihara, mengasuh dan mendidik Baginda dengan sepenuh jiwa sejak ketiadaan Abdul Muttalib tatkala usia Rasulullah SAW baru meniti lapan atau sembilan tahun.

Kasih Ibu Tanpa Sempadan

Meskipun hidup susah dan serba kekurangan dengan jumlah anak yang ramai, Abu Talib dan Fatimah sentiasa berusaha sebaiknya untuk memberikan kecukupan kepada anak-anak mereka termasuk Rasulullah SAW. Fatimah dan Abu Talib tidak pernah membezakan kasih sayang yang diberikan kepada Rasulullah dengan anak-anaknya yang lain. Ada suatu ketika, keluarga Abu Talib menghadapi masa yang sukar dan kekurangan makanan, apabila tibanya waktu makan, Abu Talib dan Fatimah mengumpulkan anak-anak mereka dan juga Rasulullah SAW untuk menjamu selera bersama-sama. Fatimah sanggup menahan lapar dengan melebihkan bahagian makanan untuk anak-anak dan juga Rasulullah SAW berbanding makanan untuk dirinya sendiri. Rasulullah SAW yang menyedari hal tersebut, segera mengembalikan kembali bahagian lebihan itu kepada ibunya supaya semua dapat menikmati rezeki bersama-sama.

Ibu tokoh terbilang

Fatimah merupakan ibu yang hebat. Dengan segala kekurangan dan kesusahan kehidupan, Fatimah berusaha memberikan asuhan yang terbaik buat anak-anak dan juga Rasulullah SAW, sehingga terlahir tokoh-tokoh Islam terbilang dari rumahnya. Dari rahimnya lahir pemuda yang dijanjikan Syurga iaitu Saidina Ali bin Abi Talib r.a yang menjadi khalifah umat Islam yang ke empat. Dari rahimnya juga lahir seorang pejuang gagah digelar pemilik dua sayap iaitu Ja’far r.a yang gugur syahid di medan perang, dan dari rahimnya lahir Ummu Hani’ yang menjadi ulama’ wanita dan perawi hadis Rasulullah SWT yang hidup sehingga zaman pemerintahan Mu’awiyah, Ummu Hani’ menjadi perawi penting dalam peristiwa besar Isra’ dan Mikraj. Di rumah Fatimah binti Asad jugalah, mekar kasih sayang seorang ibu tempat Rasulullah SAW bernaung. Malah, Baginda SAW memanggilnya dengan panggilan agung; “ibu”.  

Pelindung Rasulullah SAW

Setelah Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi dan rasul, Baginda SAW mendapat banyak tentangan dari kaumnya. Abu Talib dan Fatimah lah yang menjadi pelindung dan pembela Baginda SAW. Mereka sentiasa mempertahankan Rasulullah SAW daripada serangan dan ancaman kafir Quraisy walaupun ketika itu mereka tidak memeluk Islam.

Tidak lama selepas Abu Talib meninggal dunia, Fatimah melafazkan dua kalimah Syahadah dan memeluk Islam. Kemudian, beliau menjadi antara golongan terawal yang berhijrah ke Madinah bersama keluarganya. Begitu cekal hati Fatimah pergi berhijrah, meninggalkan tanah air tercinta semata-mata kerana kecintaannya kepada Islam dan Rasulullah SAW. Fatimah kekal menjadi pendokong dan penguat Rasulullah SAW ketika di Madinah. Rasulullah SAW juga sering menziarahi Fatimah di rumahnya.

Penghormatan terakhir seorang Rasul

Apabila Fatimah binti Asad r.a meninggal dunia, Rasulullah SAW sangat bersedih hati dan berduka cita. Baginda SAW masuk menemui Fatimah di perbaringan lalu duduk di sisi kepalanya seraya bersabda: 'Semoga Allah merahmati mu wahai ibuku. Engkau adalah ibuku selepas ibu kandungku; engkau mengenyangkan ku semasa engkau lapar, engkau memberi ku pakaian semasa engkau kekurangan, engkau menegah dirimu daripada menikmati kebaikan (makanan/kelazatan) dan memberi ku makan, dengan mengharapkan keredaan Allah dan negeri akhirat.'

Kemudian Baginda SAW memerintahkan agar jenazahnya dimandikan sebanyak tiga kali. Apabila sampai pada siraman air yang dicampur kapur barus, Rasulullah SAW menyiramnya sendiri dengan tangan Baginda SAW. Setelah itu, Rasulullah SAW menanggalkan bajunya lalu memakaikannya kepada jenazah tersebut dan mengkafaninya dengan kain burdah di atasnya.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Usamah bin Zaid, Abu Ayyub al-Ansari, Umar bin al-Khattab, dan seorang hamba hitam untuk menggali kuburnya. Maka mereka pun menggali kuburnya, dan apabila sampai ke bahagian lahad, Rasulullah SAW menggalinya sendiri serta mengeluarkan tanahnya dengan tangan Baginda SAW.

Apabila selesai, Rasulullah SAW masuk dan berbaring di dalamnya, kemudian berdoa: 'Allah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tidak akan mati. Ampunilah ibuku Fatimah binti Asad, ajarkanlah kepadanya hujahnya (jawapan soalan kubur), dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya), demi hak Nabi-Mu dan para nabi sebelumku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

Lalu Baginda bertakbir empat kali ke atasnya, kemudian Baginda bersama al-Abbas dan Abu Bakar as-Siddiq RA memasukkan jenazahnya ke dalam liang lahad.

Setelah selesai pengebumian tersebut, Saidina Umar yang menyaksikan kejadian tadi bertanyakan kepada Rasulullah SAW berkenaan tindakan baginda tadi. Rasulullah SAW menjawab: “Wahai Umar, sesungguhnya kedudukan wanita ini seperti ibu yang melahirkan ku. Dahulu Abu Talib bekerja keras untuk memberikan kami makan, dan dia mengumpulkan kami anak-anaknya untuk makan bersama. Di waktu itu, wanita ini melebihkan bahagian untuk kami, kemudian aku mengembalikannya semula.”

Rasulullah SAW berkata lagi: “Aku memakaikan pakaianku untuknya agar kelak dia diberi pakaian dari Syurga, dan aku berbaring di kuburnya agar dia diringankan dari azab kubur.”

Teladan Abadi Wanita Sepanjang Zaman

Kisah Fatimah binti Asad r.a memberikan pengajaran yang halus dan mendalam buat wanita. Beliau membuktikan bahawa kekuatan sebenar wanita tidak terletak pada kedudukan atau harta, melainkan pada keteguhan iman, keikhlasan jiwa dan kehebatannya mendidik generasi. Kesempitan hidup tidak menghalangi untuk memberikan didikan dan asuhan yang terbaik buat anak-anak di bawah asuhannya. Akhlak yang mulia dan sifat yang cekal dan qana’ah terhadap kehidupan yang serba kurang tidak menghalanginya untuk menjadi contoh teladan buat anak-anak dan orang-orang di sekelilingnya.

Daripada usahanya menabur kasih tanpa berbelah bahagi, lahir dari rumahnya tokoh-tokoh agung dalam sejarah Islam.

Semoga kisah ini menjadi pedoman, penguat jiwa dan inspirasi buat para wanita terutama ibu-ibu, bahawa setiap usaha, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan dalam membesarkan anak-anak dengan penuh ikhlas demi keredhaan Allah SWT tidak akan pernah sia-sia, dan yakinlah, Allah pasti membalasnya dengan kurniaan dan ganjaran yang tidak disangka-sangka


Sunday, August 23, 2026

Toxic behavior

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

This is your reminder that love should not cost you your mental health. 
Here are 8 Ways to Protect Yourself When Your Husband Refuses to Change His Toxic Behavior

👉You’ve had the conversations.
👉You’ve laid your heart out, explained exactly how much his actions hurt, and tried everything from gentle compromise to tearful pleading.
💔For a fleeting second, it feels like he finally gets it, only for things to slide right back into the same exhausting, painful routine.

When your husband refuses to change toxic behaviors, whether it's emotional neglect, criticism, manipulation, stonewalling, refusing to take responsibility, or constantly dismissing your feelings, you can end up feeling emotionally drained, confused, and questioning your own reality.

At some point, the question is no longer: "How do I make him change?" 
It becomes: 📌"How do I protect my mental and emotional health while I decide what's best for me at this point?"
Here are 8 ways to start:
1. Stop taking responsibility for his emotions. His anger, frustration, disappointment, and inability to regulate his emotions are not yours to carry. 
👉You can care about him deeply without making it your job to fix him or act as his emotional sponge.
2. Accept who he is today, not who you hope he'll become. 
Many women stay stuck because they're waiting for potential instead of accepting reality. Hope has its place, but your decisions should be based on his consistent behavior not occasional promises. 👉Acceptance isn't giving up; it's seeing clearly.
3. Say what you need to say then stop over-explaining.
You don't need to keep proving that your feelings are valid or begging to be understood.  👉If you've expressed yourself respectfully and clearly, repeating yourself rarely creates change. Protect your emotional energy.
4. Don't let his behaviour define your worth. His criticism, his emotional neglect, and his lack of appreciation none of these determine your value. 👉His behavior reflects his choices and emotional capacity not your worth as a person.
5. Build a life that is bigger than your marriage.
When a relationship is toxic, it consumes all the oxygen in the room. Intentionally reconnect with yourself by investing in your health, friendships, work, hobbies, spirituality, and personal growth. 👉The more fulfilling your own life becomes, the less emotionally trapped you'll feel.
6. Focus on what you can control.
You cannot force insight, accountability, or change. But you can control your boundaries, your responses, your choices, and the support you seek. 👉That's where your power lies.
7. Stop confusing love with self-sacrifice. Being a loving, devoted wife does not mean accepting repeated emotional harm. A healthy marriage requires effort from two people. 👉Protecting your mental and emotional health isn't selfish, it's necessary for survival.
8. Get support before you lose yourself. Living with ongoing toxic behavior affects your confidence, your nervous system, and your ability to think clearly. You don't have to carry this burden alone. 👉The right support can help you rebuild your emotional strength, regain clarity, and make decisions from self-trust instead of fear.
📍Final thoughts
You may not be able to make your husband change. But you can stop allowing his refusal to change to cost you your peace, your confidence, and your sense of self.
Protecting your mental and emotional health is important so that you can make a decision whether to stay in the marriage or leave it from a position of power and not helplessness.

BILA ALLAH MENJAUHKAN SESEORANG DARIPADA HIDUP KITA

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

BILA ALLAH MENJAUHKAN SESEORANG DARIPADA HIDUP KITA

Kadang-kadang kehilangan bukan hukuman.
Kadang-kadang ia adalah perlindungan.

Ada luka yang datang daripada musuh.

Kita boleh menerimanya.

Tetapi ada luka yang datang daripada orang yang duduk semeja dengan kita, membesar bersama kita, mengenali kelemahan kita dan mempunyai pertalian darah dengan kita. Second cousins family dan yg pertalian

Kadang-kadang, ahli keluarga dan sepupu-sepupu kamu (both sides)sendiri boleh bertukar menjadi musuh bebuyutan. Apabila salah seorang daripada keluarga mereka baru sahaja meninggal dunia, mereka pula menjadi iri hati dan terus bertanya sama ada ibu bapa  kamu masih sihat. Setiap kali soalan yang sama diajukan. Kedengarannya amat penuh hasad dengki dan khianat.

Luka seperti ini lain sakitnya.

Kerana apabila orang luar menyakiti kita, kita boleh pergi.

Tetapi apabila keluarga sendiri melukakan hati, kita sering memilih untuk bertahan.

Kita berkata:

“Tak mengapalah. Dia keluarga.”

Kita memaafkan.

Kita berdiam.

Kita cuba memahami.

Kita memberi peluang kedua, ketiga, kesepuluh.

Kadang-kadang kita pula yang meminta maaf walaupun bukan kita yang memulakan masalah.

Bukan kerana kita lemah.

Tetapi kerana kita takut kehilangan sesuatu yang bernama keluarga.

Namun semakin lama saya hidup, semakin saya memahami satu perkara:

Pertalian darah memberikan hubungan, tetapi akhlaklah yang menentukan nilai sebuah hubungan.

Dan ada masanya Allah membenarkan kita melihat sesuatu yang selama ini kita tidak mahu lihat.

Bukan supaya kita membenci.

Tetapi supaya kita menjadi lebih bijaksana.

1. ALLAH MEMBUKA MATA KITA MELALUI MASA

Manusia boleh menjaga kata-kata.

Manusia boleh menjaga senyuman.

Manusia boleh menjaga penampilan.

Tetapi sangat sukar untuk seseorang menyembunyikan perangainya selama-lamanya.

Masa akan membuka apa yang kata-kata cuba sembunyikan.

Kita mula melihat corak.

Ketika kita berjaya, wajah tertentu berubah.

Ketika kita mendapat peluang, ada yang bukan meraikan tetapi mempertikaikan.

Ketika kita jatuh, ada yang bukan menghulurkan tangan tetapi seolah-olah menikmati kejatuhan kita.

Ada pujian yang sebenarnya sindiran.

Ada nasihat yang sebenarnya usaha melemahkan keyakinan.

Ada pertanyaan yang kelihatannya prihatin tetapi sebenarnya sedang mencari bahan untuk dibicarakan kepada orang lain.

Namun kita tidak perlu terus menghukum.

Kerana kita juga manusia. Persepsi kita boleh tersilap.

Sebab itu jangan membuat keputusan hanya berdasarkan satu peristiwa.

Perhatikan coraknya.

Satu kesilapan boleh dimaafkan.

Satu kata-kata kasar mungkin terkeluar ketika marah.

Tetapi apabila perkara yang sama berlaku berkali-kali, kita perlu belajar.

Saya telah melalui perjalanan hidup yang panjang. Saya belajar bahawa manusia akhirnya memperkenalkan dirinya bukan melalui apa yang dikatakannya tentang dirinya, tetapi melalui apa yang dilakukannya berulang kali

2. KONFLIK KADANG-KADANG MEMBUKA TOPENG

Kita selalu berdoa supaya hidup aman tanpa konflik.

Tetapi saya belajar bahawa ada konflik yang membawa satu hadiah yang sangat mahal:

Kebenaran.

Ketika semuanya baik, hampir semua orang boleh tersenyum kepada kita.

Ketika kita mempunyai kedudukan, ramai mahu berada berhampiran.

Ketika kita mempunyai sesuatu untuk diberikan, telefon kita mudah berdering.

Tetapi cuba katakan tidak sekali.

Cuba tetapkan sempadan.

Cuba berhenti memenuhi semua kehendak mereka.

Kadang-kadang di situlah kita mula mengenali siapa yang benar-benar menyayangi kita dan siapa yang hanya menyayangi apa yang boleh mereka dapat daripada kita.

Orang yang benar-benar sayang mungkin kecewa dengan keputusan kita.

Mereka mungkin tidak bersetuju.

Mereka mungkin menegur.

Tetapi kasih yang tulen masih mempunyai hormat.

Sebaliknya, hubungan yang dibina atas kepentingan sering berubah apabila manfaatnya hilang.

Jangan takut kepada kebenaran yang muncul ketika berlaku konflik. Kadang-kadang satu pertengkaran mendedahkan apa yang sepuluh tahun senyuman berjaya sembunyikan.

3. TIDAK SEMUA ORANG AKAN GEMBIRA MELIHAT KITA BERJAYA

Ini kenyataan yang pahit.

Kadang-kadang orang yang paling sukar menerima kejayaan kita bukanlah orang asing.

Mungkin seseorang yang mengenali kita sejak kita belum mempunyai apa-apa.

Mengapa?

Kerana mereka masih melihat versi lama diri kita.

Apabila kita berubah, berkembang dan berjaya, perubahan itu mungkin mengganggu gambaran yang selama ini mereka bina tentang kita.

Dalam kisah Nabi Yusuf AS, saudara-saudaranya sendiri dilanda rasa iri sehingga sanggup melakukan sesuatu yang amat kejam.

Namun perhatikan sesuatu yang sangat indah.

Nabi Yusuf tidak membiarkan pengkhianatan mereka mengubah dirinya menjadi manusia yang penuh kebencian.

Akhirnya apabila beliau mempunyai kuasa, beliau mempunyai pilihan untuk membalas.

Tetapi beliau memilih jalan yang lebih tinggi.

Di situlah kematangan rohani diuji.

Bukan pada kemampuan kita mengenali siapa yang menyakiti kita.

Tetapi pada kemampuan kita untuk tidak menjadi seperti orang yang menyakiti kita.

4. ADA MASANYA ALLAH MENJARAKKAN TANPA KITA RANCANGKAN

Pernahkah kita perhatikan?

Ada manusia yang dahulu sangat rapat dengan kita.

Kemudian kehidupan perlahan-lahan membawa kita ke arah berbeza.

Tiada pergaduhan besar.

Tiada pengumuman.

Tiada drama.

Hubungan itu sekadar semakin jauh.

Dahulu kita mungkin bersedih.

Tetapi beberapa tahun kemudian kita melihat kembali dan berkata:

“Sekarang aku faham.”

Jika hubungan itu terus kekal seperti dahulu, mungkin perjalanan hidup kita menjadi jauh lebih rumit.

Saya percaya tidak semua pintu yang tertutup perlu kita tendang sehingga terbuka kembali.

Ada pintu yang patut diketuk.

Ada hubungan yang patut diselamatkan.

Ada salah faham yang perlu diperbetulkan.

Tetapi ada juga pintu yang setelah kita berusaha dengan ikhlas, akhirnya perlu kita serahkan kepada Allah.

Kematangan ialah mengetahui perbezaannya.

5. ALLAH KADANG-KADANG MENGAJAR KITA ERTI SEMPADAN

Menjadi baik tidak bermaksud kita perlu membenarkan semua orang memasuki setiap ruang kehidupan kita.

Memaafkan seseorang tidak bermaksud kita perlu memberinya semula akses yang sama untuk melukakan kita.

Kita boleh memaafkan dari jauh.

Kita boleh mendoakan tanpa kembali kepada hubungan yang merosakkan.

Kita boleh menghormati seseorang tanpa menyerahkan ketenangan jiwa kepada mereka.

Dan yang paling penting:

Sempadan bukan kebencian.

Kadang-kadang sempadan adalah kebijaksanaan.

Islam mengajar kita menjaga silaturahim, tetapi Islam juga mengajar tentang maruah, keadilan, adab dan menjauhkan kemudaratan.

Jangan gunakan agama untuk membenarkan dendam.

Tetapi jangan juga menggunakan perkataan keluarga untuk membenarkan seseorang terus-menerus menyakiti kita

6. JANGAN TERLALU CEPAT MENGANGGAP KITA TAHU ISI HATI MANUSIA

Ini bahagian yang sangat penting.

Apabila seseorang menjauh atau berubah terhadap kita, jangan terus berkata:

“Allah sudah tunjuk dia membenci aku.”

Kita tidak mengetahui hati manusia sepenuhnya.

Mungkin dia iri.

Mungkin dia terluka.

Mungkin berlaku salah faham.

Mungkin dia sedang melalui peperangan dalam dirinya yang kita tidak ketahui.

Dan mungkin juga kita sendiri mempunyai kekurangan yang tidak kita sedari.

Sebab itu orang yang matang tidak terus menghukum.

Dia memerhati.

Dia bermuhasabah.

Dia berbincang jika keadaan mengizinkan.

Dia berdoa.

Kemudian dia membuat keputusan berdasarkan corak tingkah laku, bukan emosi sesaat.

Kerana kebijaksanaan bukan mencari musuh di sekeliling kita.

Kebijaksanaan ialah mengenali realiti tanpa kehilangan belas kasihan.

7. JANGAN KEJAR ORANG YANG BERULANG KALI MEMILIH UNTUK MENJAUH

Ada masa kita sudah melakukan semuanya.

Kita sudah menghubungi.

Kita sudah meminta maaf.

Kita sudah menjelaskan.

Kita sudah cuba berdamai.

Kita sudah merendahkan ego.

Tetapi seseorang masih memilih menjauh.

Sampai satu tahap, berhentilah mengejar.

Bukan kerana ego.

Tetapi kerana kita juga perlu mempunyai harga diri.

Jangan memaksa diri duduk di meja yang berkali-kali menunjukkan bahawa kehadiran kita tidak dihargai.

Doakan mereka.

Maafkan mereka.

Kemudian teruskan kehidupan.

Tidak semua hubungan perlu berakhir dengan peperangan.

Ada hubungan yang paling indah penamatnya hanyalah:

“Aku tidak membencimu. Aku cuma memilih untuk tidak lagi terluka dengan cara yang sama.”

8. KADANG-KADANG KEHILANGAN MEMBUKA RUANG UNTUK KEDAMAIAN

Ada orang terlalu sibuk mempertahankan hubungan sehingga tidak sedar bahawa dirinya sendiri sedang hancur.

Setiap hari memikirkan:

“Mengapa dia buat aku begini?”

“Apa salah aku?”

“Kenapa mereka tidak menghargai aku?”

Sampai ketenangan hilang.

Tidur terganggu.

Hati menjadi berat.

Sedangkan mungkin kehidupan sedang mengajar kita satu perkara yang mudah:

Tidak semua orang ditakdirkan berjalan bersama kita sehingga penghujung perjalanan.

Ada yang hadir untuk satu musim.

Ada yang hadir untuk mengajar.

Ada yang hadir untuk menguji.

Ada yang pergi supaya kita belajar berdiri.

Dan ada yang kekal kerana kasih mereka memang tulen.

Jangan ukur kasih hanya daripada berapa lama seseorang berada dalam hidup kita.

Ukurlah daripada bagaimana dia memperlakukan kita ketika dia mempunyai pilihan untuk menyakiti kita.

9. JANGAN BALAS PENGKHIANATAN DENGAN PENGKHIANATAN

Apabila kebenaran akhirnya terbongkar, godaan terbesar ialah membalas.

Kita mahu mereka merasakan apa yang kita rasakan.

Kita mahu membersihkan nama.

Kita mahu semua orang tahu cerita sebenar.

Tetapi pengalaman hidup mengajar saya:

Tidak semua tuduhan memerlukan pembelaan.
Tidak semua fitnah memerlukan pentas.
Tidak semua provokasi memerlukan jawapan.

Kadang-kadang masa adalah peguam yang jauh lebih hebat daripada kita.

Teruskan bekerja.

Teruskan berbuat baik.

Teruskan membina.

Teruskan berjalan.

Biarkan karakter kita menjadi jawapan kepada cerita yang dicipta tentang kita.

Orang boleh memutar cerita untuk seketika.

Tetapi sangat sukar untuk memutar sebuah kehidupan yang konsisten selama puluhan tahun.

10. JANGAN BIARKAN LUKA KELUARGA MEROSAKKAN HATI KITA

Ini yang paling saya takutkan.

Bukan kehilangan seseorang.

Tetapi kehilangan diri sendiri kerana seseorang.

Jangan kerana dikhianati, kita menjadi manusia yang tidak lagi mempercayai sesiapa.

Jangan kerana difitnah, kita pula menjadi penyebar cerita.

Jangan kerana tidak dihargai, kita berhenti menghargai orang lain.

Jangan kerana seseorang menunjukkan keburukan kepada kita, kita membenarkan keburukan itu berpindah ke dalam hati kita.

Kemenangan terbesar bukan apabila orang yang menyakiti kita jatuh.

Kemenangan terbesar ialah apabila selepas semua yang berlaku, kita masih mampu menjadi manusia yang baik.

Masih mampu tersenyum.

Masih mampu membantu.

Masih mampu memaafkan.

Masih mampu mencintai.

Dan masih mampu sujud kepada Allah dengan hati yang tidak dipenuhi dendam.

RENUNGAN SEORANG YANG SUDAH LAMA BERJALAN

Semakin panjang perjalanan hidup saya, semakin saya sedar bahawa hidup ini bukan pertandingan untuk mengumpulkan seramai mungkin manusia di sekeliling kita.

Kita hanya memerlukan beberapa orang yang ikhlas.

Orang yang gembira apabila kita berjaya.

Orang yang berani menegur apabila kita tersilap.

Orang yang tidak menggunakan kelemahan kita sebagai senjata.

Orang yang mempertahankan nama kita ketika kita tidak berada di dalam bilik.

Dan orang yang tetap duduk di sebelah kita ketika kita tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan.

Itulah keluarga dalam makna yang paling indah.

Jika ada hubungan keluarga yang sedang retak, jangan terburu-buru memutuskan.

Berusahalah.

Berbincanglah.

Maafkan jika mampu.

Perbaiki apa yang masih boleh diperbaiki.

Kerana silaturahim terlalu berharga untuk dihancurkan hanya kerana ego dan salah faham.

Tetapi jika selepas segala usaha, sesuatu hubungan terus membawa penghinaan, manipulasi dan luka yang berulang, mungkin sudah tiba masanya untuk meletakkan sempadan dan menyerahkan apa yang kita tidak mampu ubah kepada Allah.

Tidak perlu membenci.

Tidak perlu membalas.

Tidak perlu mengumumkan kepada dunia.

Berundur dengan adab.
Memaafkan dengan tenang.
Berdoa dari jauh.
Dan teruskan perjalanan.

Kerana akhirnya kita akan memahami:

Ada orang yang Allah izinkan masuk ke dalam kehidupan kita sebagai anugerah.

Ada yang datang sebagai pelajaran.

Dan ada yang akhirnya dijauhkan supaya kita belajar bahawa kedamaian juga merupakan satu bentuk rahmat.

Jangan terlalu sedih apabila seseorang memilih untuk meninggalkan hidup kita.

Kadang-kadang selepas sebuah pintu tertutup, barulah kita mendengar sesuatu yang selama ini tenggelam dalam kebisingan:

ketenangan hati kita sendiri.

Dan mungkin itulah hadiah yang selama ini Allah mahu kita temui.

Tidak semua yang pergi perlu dipanggil kembali.
Tidak semua yang tinggal benar-benar menyayangi.
Dan tidak semua jarak bermaksud kebencian.

Kadang-kadang jarak hanya memberi kita ruang untuk melihat dengan lebih jelas, memaafkan dengan lebih ikhlas dan berjalan menuju Allah dengan hati yang lebih ringan.

Kita tidak perlu menang terhadap sesiapa.
Cukuplah kita tidak kehilangan diri sendiri dalam perjalanan menghadapi mereka.

— Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Friday, August 21, 2026

𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

By ustaz fazrul
𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦

Ada masa kita masih solat.

Masih membaca al-Quran.

Masih hadir majlis ilmu.

Masih bercakap tentang Allah.

Tetapi sesuatu sudah berubah di dalam diri.

Kita tidak lagi mudah tersentuh.

Nasihat masuk, tetapi tidak lama tinggal.

Ayat al-Quran dibaca, tetapi seolah-olah tidak menggoncang jiwa seperti dahulu.

Surah al-Hadid membawa satu soalan yang sangat tajam:

𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘆𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵?

Surah al-Hadid, 57:16.

Perhatikan.

Allah tidak sedang berbicara kepada orang yang langsung tidak beriman.

Ayat ini ditujukan kepada 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻.

Maknanya, seseorang boleh mempunyai iman, tetapi hatinya tetap berisiko menjadi keras.

𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻.

Surah al-Hadid seakan-akan membawa kita melalui satu perjalanan.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛

Surah ini bermula dengan tasbih.

Segala yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.

Dia memiliki kerajaan langit dan bumi.

Dia menghidupkan dan mematikan.

Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi, apa yang keluar daripadanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya.

Dan kemudian datang satu kalimat yang sangat menenangkan:

𝗪𝗮 𝗵𝘂𝘄𝗮 𝗺𝗮‘𝗮𝗸𝘂𝗺 𝗮𝘆𝗻𝗮 𝗺𝗮 𝗸𝘂𝗻𝘁𝘂𝗺.

Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Surah al-Hadid, 57:4.

Kadang-kadang masalah kita bukan kerana Allah jauh.

Tetapi kerana kesedaran kita terhadap Allah yang semakin jauh.

Kita melihat masalah terlalu besar sehingga lupa bahawa Allah lebih besar.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔: 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜

Allah menggambarkan kehidupan dunia sebagai permainan, hiburan, perhiasan, saling berbangga dan berlumba pada harta serta anak-anak.

Surah al-Hadid, 57:20.

Bukan bermaksud kekayaan itu salah.

Bukan bermaksud kejayaan itu salah.

Masalahnya bermula apabila sesuatu yang sepatutnya menjadi 𝗮𝗹𝗮𝘁 berubah menjadi 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻.

Kerjaya menjadi identiti.

Bisnes menjadi harga diri.

Pengiktirafan manusia menjadi sumber ketenangan.

Follower menjadi ukuran nilai.

Apabila semua itu hilang, kita terasa seolah-olah diri kita juga hilang.

Sedangkan Surah al-Hadid sedang mengajar:

Jangan bina identiti pada sesuatu yang pasti berubah.

𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔: 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Allah menyeru kita beriman dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Dia jadikan kita sebagai pemegang amanah terhadapnya.

Surah al-Hadid, 57:7.

Ini mengubah cara kita melihat harta.

𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻: “Ini duit aku.”

Tetapi:

“Allah sedang mengamanahkan sumber ini kepada aku. Apa yang Allah mahu aku lakukan dengannya?”

Soalan ini sangat berbeza.

Kerana orang yang melihat dirinya sebagai pemilik akan takut kehilangan.

Tetapi orang yang melihat dirinya sebagai pemegang amanah akan bertanya bagaimana hendak menggunakan. Infaq ilmu, harta dan apa sahaja Allah sudah beri.

𝗞𝗘𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜

Inilah antara amaran besar Surah al-Hadid.

Allah mengingatkan supaya orang beriman tidak menjadi seperti umat terdahulu yang telah berlalu masa yang panjang, lalu hati mereka menjadi keras. Ini ingatan hatta pada sahabat Nabi. Ambil pelajaran dari Bani Israel.

Surah al-Hadid, 57:16.

Hati jarang menjadi keras dalam satu malam.

Ia berlaku perlahan-lahan.

Hari ini kita tangguhkan tadabbur.

Esok kita sibuk.

Lusa kita membaca sekadar mengejar halaman.

Kemudian satu hari kita masih membaca ayat yang sama…

tetapi tidak lagi merasakan apa-apa.

Ada zikir yang tidak diberi respon wajar. Tidak bergetar dengan alasan saya sibuk, nanti dulu, saya mahu makan dulu, mahu bersenam dulu. Tapi lupa memberi perhatian pada zikir dan Quran. Yang membekas. Bukan sekadar ritual tanpa kesan.

𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔.

Selepas berbicara tentang hati yang keras, Allah memberi gambaran yang sangat indah:

Allah menghidupkan bumi setelah matinya.

Surah al-Hadid, 57:17.

Satu isyarat harapan:

Kalau bumi yang mati boleh Allah hidupkan kembali, hati yang kering juga boleh Allah hidupkan kembali.

Jangan terlalu cepat berputus asa terhadap hati sendiri.

𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗛𝗔𝗡𝗖𝗨𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

Antara ayat yang sangat kuat dalam Surah al-Hadid ialah 57:22–23.

Allah mengingatkan bahawa musibah tidak berlaku melainkan telah tertulis dengan ilmu dan ketetapan-Nya.

Kemudian Allah menjelaskan salah satu hikmahnya:

Supaya kita tidak terlalu berdukacita terhadap apa yang terlepas daripada kita dan tidak terlalu membanggakan diri dengan apa yang diberikan kepada kita.

Inilah keseimbangan seorang mukmin. Tidak putus asa. Tidak mudah rasa sunyi. Tidak mudah rasa 'hilang makna hidup'. 

𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵.

𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗯𝘂𝗸.

Kerana kedua-duanya datang dalam perjalanan menuju Allah.

Surah al-Hadid terasa begitu relevan untuk manusia moden.

Kita hidup dalam dunia yang sangat bising.

Semua orang mahu perhatian kita.

Telefon mahu perhatian kita.

Kerjaya mahu perhatian kita.

Bisnes mahu perhatian kita.

Media sosial mahu perhatian kita.

Masalah mahu perhatian kita.

Keluarga perlukan perhatian kita.

Tetapi Surah al-Hadid bertanya:

𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂, 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵𝗸𝗮𝗵 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮?

Mungkin kita tidak perlukan lebih banyak maklumat.

Mungkin kita perlukan hati yang kembali hidup.

Bukan sekadar membaca Quran.

Tetapi membenarkan Quran membaca keadaan diri kita.

Bukan sekadar mengetahui siapa Allah.

Tetapi hidup dengan kesedaran bahawa Dia bersama kita.

Bukan sekadar memiliki dunia.

Tetapi menggunakan dunia untuk perjalanan menuju akhirat. Bukan dikejar atau ditagih makin banyak yang tidak pernah cukup malah menyebabkan kesunyian. Lantas dikejar lagi.

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗗𝗜𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗞𝗜𝗧𝗔:

Jangan tunggu kehilangan untuk mengenal nilai dunia.

Jangan tunggu musibah untuk mencari Allah.

Jangan tunggu usia tua untuk melembutkan hati.

Jangan tunggu hati mati untuk mula menghidupkannya.

Kerana soalan al-Quran itu masih berbunyi:

𝗔𝗹𝗮𝗺 𝘆𝗮’𝗻𝗶 𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗻𝘂…

“Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman…?”

Surah al-Hadid, 57:16.

Mungkin jawapan terbaik bukan:

“Ya, suatu hari nanti.”

Tetapi:

𝗬𝗔. 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚.

Thursday, August 20, 2026

Ibu cium tgn anak?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
Ustaz masri

Hari ini saya terbaca seseorang menimbulkan rasa kurang senang bila lihat seorang ibu mencium tangan anaknya apabila menghantar anaknya ke sekolah. Lalu menimbulkan persepsi adakah ini salah satu bentuk ibu bapa melahirkan tuan.

Tahukah kita, insan paling mulia, contoh terbaik bagi sekalian manusia, pernah mencium tangan puterinya?

Hadis ini sangat menyentuh jiwa kita apabila membacanya.

عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، عَائِشَةَ رضي الله عنها، أَنَّهَا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا كَانَ أَشْبَهَ سَمْتًا وَهَدْيًا وَدَلًّا  بِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ مِنْ فَاطِمَةَ كَرَّمَ اللَّهُ وَجْهَهَا 
Daripada Ibu Orang-Orang Beriman, Aishah RA, bahawasanya beliau berkata:

"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling serupa pada sudut perwatakan dan petunjuk dengan Rasulullah SAW melebihi Fatimah Karramallahu Wajhah.

كَانَتْ «إِذَا دَخَلَتْ عَلَيْهِ قَامَ إِلَيْهَا فَأَخَذَ بِيَدِهَا، وَقَبَّلَهَا، وَأَجْلَسَهَا فِي مَجْلِسِهِ، وَكَانَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ إِلَيْهِ، فَأَخَذَتْ بِيَدِهِ فَقَبَّلَتْهُ، وَأَجْلَسَتْهُ فِي مَجْلِسِهَا»
Adalah Fatimah apabila dia masuk menemui Baginda (Nabi SAW), Baginda berdiri menyambutnya, memegang tangannya, menciumnya, dan mendudukkannya di tempat duduk Baginda. Apabila Baginda masuk menemui Fatimah pula, Fatimah berdiri menyambutnya, memegang tangan Baginda, menciumnya, dan mendudukkan Baginda di tempat duduknya."
(Sunan Abi Dawud, al-Arna'ut menyatakan sanadnya sahih)

Dalam riwayat yang lebih panjang.

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ المُؤْمِنِينَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْبَهَ سَمْتًا وَدَلًّا وَهَدْيًا بِرَسُولِ اللَّهِ فِي قِيَامِهَا وَقُعُودِهَا مِنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
Daripada Aishah, Ibu Orang-Orang Beriman, beliau berkata:

"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling serupa dengan Rasulullah SAW  pada sudut perwatakan, dan petunjuk dalam berdiri dan duduknya melebihi Fatimah binti Rasulullah SAW."

 قَالَتْ: «وَكَانَتْ إِذَا دَخَلَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ إِلَيْهَا فَقَبَّلَهَا وَأَجْلَسَهَا فِي مَجْلِسِهِ، وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ مِنْ مَجْلِسِهَا فَقَبَّلَتْهُ وَأَجْلَسَتْهُ فِي مَجْلِسِهَا،
Aishah berkata: "Apabila Fatimah masuk menemui Nabi SAW, Baginda berdiri menyambutnya, menciumnya, dan mendudukkannya di tempat duduk Baginda. Apabila Nabi SAW masuk menemui Fatimah, Fatimah berdiri dari tempat duduknya, mencium Baginda, dan mendudukkan Baginda di tempat duduknya.

 فَلَمَّا مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَتْ فَاطِمَةُ فَأَكَبَّتْ عَلَيْهِ فَقَبَّلَتْهُ ثُمَّ رَفَعَتْ رَأْسَهَا فَبَكَتْ، ثُمَّ أَكَبَّتْ عَلَيْهِ ثُمَّ رَفَعَتْ رَأْسَهَا فَضَحِكَتْ»،
Maka apabila Nabi SAW jatuh sakit (sakit yang membawa kepada wafat), Fatimah masuk menemui Baginda lalu membongkokkan badannya ke arah Baginda dan mencium Baginda, kemudian dia mengangkat kepalanya lalu menangis. Kemudian dia membongkokkan badannya semula ke arah Baginda, lalu mengangkat kepalanya dan ketawa."

 فَقُلْتُ: " إِنْ كُنْتُ لَأَظُنُّ أَنَّ هَذِهِ مِنْ أَعْقَلِ نِسَائِنَا فَإِذَا هِيَ مِنَ النِّسَاءِ، 
Aku (Aishah) berkata: "Dahulu aku menyangka bahawa dia adalah antara wanita kita yang paling berakal, namun ternyata dia juga seperti wanita-wanita lain (terikut emosi)."

فَلَمَّا تُوُفِّيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ لَهَا: أَرَأَيْتِ حِينَ أَكْبَبْتِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَفَعْتِ رَأْسَكِ فَبَكَيْتِ ثُمَّ أَكْبَبْتِ عَلَيْهِ فَرَفَعْتِ رَأْسَكِ فَضَحِكْتِ، مَا حَمَلَكِ عَلَى ذَلِكَ "؟ 
Maka apabila Nabi SAW telah wafat, aku berkata kepadanya: "Apakah sebenarnya yang berlaku ketika engkau membongkokkan badan ke arah Nabi SAW lalu engkau mengangkat kepalamu dan menangis, kemudian engkau membongkokkan badan lagi ke arah Baginda lalu mengangkat kepalamu dan ketawa? Apakah yang mendorongmu berbuat demikian?"

قَالَتْ: إِنِّي إِذًا لَبَذِرَةٌ أَخْبَرَنِي أَنَّهُ مَيِّتٌ مِنْ وَجَعِهِ هَذَا فَبَكَيْتُ، ثُمَّ أَخْبَرَنِي أَنِّي أَسْرَعُ أَهْلِهِ لُحُوقًا بِهِ فَذَاكَ حِينَ ضَحِكْتُ ":
Fatimah menjawab: "Jika aku memberitahunya (ketika Baginda masih hidup), sungguh aku ini seorang yang tidak pandai menyimpan rahsia. Baginda membisikkan kepadaku bahawa Baginda akan wafat disebabkan sakitnya ini, maka aku pun menangis. Kemudian Baginda membisikkan kepadaku bahawa aku adalah ahli keluarga Baginda yang paling cepat menyusuli Baginda, maka ketika itulah aku ketawa."
(Jami' al-Tirmidhi, Hasan Sahih).

Contohilah Nabi SAW.

#MMMR

Kenapa kita solat?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Kenapa kita solat?
Kenapa lima kali sehari?

Kenapa Subuh?

Kemudian beberapa jam lepas itu Zuhur.

Petang datang... solat Asar.

Matahari tenggelam...Maghrib pula.

Dan sebelum hari berakhir, solat Isyak.

.

Dr. Omar Suleiman kupas tentang ini.

Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan distraction.

Bangun pagi sahaja, perhatian sudah ditarik ke macam-macam arah.

Anak.
Kerja.
WhatsApp.
Email.
Berita.
Bil.
Meeting.
Media sosial.

Masalah semalam pun ada yang ikut bangun sekali. 😁

Beberapa jam sahaja sudah cukup untuk memenuhi kepala.

Kita bergerak dari satu urusan kepada satu urusan.

Sibuk, sampai sesekali terlupa
Ke mana destinasi aku?

.

Dr. Omar memberikan satu analogi yang saya suka.

Sebagaimana puasa mengosongkan perut untuk memberi ruang kepada jiwa, 
solat mengosongkan jadual kita untuk memberi ruang kepada hati.

Ada waktunya kita perlu berhenti.

Letak telefon.

Tinggalkan kerja sekejap.

Ambil wuduk.

Berdiri menghadap kiblat.
Allahu Akbar.

Beberapa minit itu, 
perhatian yang sejak tadi berpecah dikumpulkan semula.

Di tengah dunia yang menarik kita ke seribu arah, 
kita kembali menghadap satu arah.

Allah.

.

Ibarat seorang musafir yang berjalan jauh dengan kompas.

Dia tahu destinasinya.

Tetapi sepanjang perjalanan ada banyak simpang.

Ada jalan yang menarik perhatian.
Ada tempat yang membuatkan dia berhenti lama.

Sesekali dia perlu melihat semula kompas untuk memastikan langkahnya masih menuju ke destinasi.

Solat melakukan sesuatu seperti itu kepada hati.

Re-alignment.

Solat Subuh sebelum kita masuk ke dalam kesibukan hari.

Solat Zuhur ketika dunia sudah mula memenuhi kepala.

Solat Asar ketika tenaga semakin berkurang.

Solat Maghrib ketika siang berakhir.

Solag Isyak sebelum kita menutup mata.

Lima waktu yang memecahkan perjalanan dunia kita kepada beberapa ruang untuk kembali kepada Allah.

.

Ketika kita berdiri untuk solat, 
perkataan pertama yang keluar daripada mulut ialah...

Allahu Akbar.
Allah Maha besar.

Segala yang terasa begitu besar sejak pagi tadi diletakkan semula pada tempatnya.

Deadline masih penting.

Masalah masih perlu diselesaikan.

Tanggungjawab masih menunggu.

Dan di atas semuanya,
Allah lebih besar.

.

Ungkapan Rasulullah SAW kepada Bilal:

أَرِحْنَا بِهَا يَا بِلَالُ

“Berikanlah kami kerehatan dengannya, wahai Bilal.”

Indah bila solat menjadi ruang seperti ini.

Kepala sudah penuh.

Emosi mungkin sudah berserabut.

Kita ambil beberapa minit untuk berdiri, rukuk dan sujud.

Kemudian sambung semula kehidupan.

Sebab itu lima waktu tepat untuk manusia.

Kita mudah distracted.

Beban dunia kadang membebani dada.

Masalah terasa segala-galanya.
Kerja terasa segala-galanya.
Apa yang kita mahu terasa segala-galanya.

Kemudian datang waktu solat.

Allahu Akbar.

Dua perkataan yang menyusun semula perspektif.

Lima kali sehari, 
Allah memberikan ruang untuk hati kita re-align.

Supaya dalam sibuk mengejar macam-macam perkara,
kita masih ingat ke mana sebenarnya perjalanan ini sedang tuju.

#kuliahdromarsuleiman
#solat5waktu
#kenapasolat

Tuesday, August 18, 2026

Twelve Principles of Happiness from the Qur’an and Su

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Twelve Principles of Happiness from the Qur’an and Sunnah 

Happiness in Islam is not found in having a life free from difficulty. It is found in knowing how to live through every difficulty with Allah.

These twelve principles, rooted in the Qur’an and Sunnah, are reminders we all need—not once, but repeatedly throughout our lives.

1. Live within the boundaries of today.
Do not burden your heart with a tomorrow that has not yet arrived. Live the day Allah has given you and entrust tomorrow to Him.

The Prophet ﷺ said:
“When you reach the evening, do not expect to live until the morning, and when you reach the morning, do not expect to live until the evening.”
(Sahih al-Bukhari)

2. When your heart cannot find rest, return to the remembrance of Allah.
You can search the world for peace, but the heart was created to find its deepest tranquillity with its Creator.

“Surely, in the remembrance of Allah do hearts find rest.”
(Qur’an, 13:28)

3. Let sincere advice refine you, even when it is difficult to hear.
Not every criticism is an attack. Sometimes the words that hurt our ego are the very words that help us grow. Receive sincere advice with humility and use it to become better.

The Prophet ﷺ taught that when a Muslim seeks your advice, you should sincerely advise him.
(Sahih Muslim)

4. Remember: being loved by Allah does not mean being free from trials.
Trials are not necessarily signs that Allah has abandoned you. Sometimes they are signs of His love, purification, elevation, and care.

The Prophet ﷺ said:
“The greater the reward, the greater the trial. When Allah loves a people, He tests them.”
(Jamiʿ al-Tirmidhi)

5. Do good without waiting for people to thank you.

If your intention is Allah, then people’s appreciation is no longer the measure of your reward.

Allah describes the righteous as saying:
“We only feed you for the sake of Allah. We do not want from you any reward or thanks.”
(Qur’an, 76:9)

Do the good. Let Allah take care of the gratitude.

6. Do not allow fear of what might happen to steal the peace of what is happening.
Shaytan magnifies fears, fills the mind with possibilities, and makes the unknown appear inevitable.

Allah says:
“It is only Satan who frightens you of his supporters…”
(Qur’an, 3:175)

Not every fear deserves your attention. Not every possibility deserves your anxiety.

7. Never underestimate the vastness of Allah’s forgiveness.
Your sins may feel enormous to you, but Allah’s mercy is greater.

Allah says:
“Your Lord is vast in forgiveness.”
(Qur’an, 53:32)

Never allow your past to convince you that you have no future with Allah.

8. For the believer, every decree can ultimately become a source of goodness.
The believer does not lose—even when life appears to take something away.

The Messenger of Allah ﷺ said:
“How wonderful is the affair of the believer! Indeed, all of his affair is good for him…”
(Sahih Muslim)

When blessings come, he is grateful. When hardship comes, he is patient. In both states, he draws closer to Allah.

9. Your Rizq is not in the hands of people.
People may be a means, but they are never the ultimate Provider.

Allah says:
“And in the heaven is your provision and whatever you are promised.”
(Qur’an, 51:22)

What Allah has written for you will reach you. So work hard, take the means, but place your reliance upon the One who provides.

10. Do not become comfortable with wasting the hours Allah has given you.

A life of constant busyness is not necessarily productive—but purposeful use of your time is one of the greatest gifts you can cultivate.

Allah says:
“So when you have finished, then strive hard.”
(Qur’an, 94:7)

Do not allow empty time to become an invitation for heedlessness. Fill your hours with what benefits your Dunya and your Ākhirah.

11. Release resentment from your heart before it consumes you.

Holding hatred against someone can imprison you long after they have moved on.

Ask Allah to remove rancour from your heart. The Prophet ﷺ taught us to seek purification of the heart and to forgive.

Your peace is too valuable to surrender to resentment.

12. True happiness is rooted in Īmān and righteous action.

The Qur’an gives us one of the clearest descriptions of a good life:

“Whoever does righteousness, whether male or female, while being a believer, We will surely cause them to live a good life.”
(Qur’an, 16:97)

Happiness is not ultimately found in wealth, status, possessions, or the absence of hardship.

It is found in knowing Allah, believing in Him, obeying Him, remembering Him, trusting Him, and returning to Him in every circumstance.

You do not need to memorise all twelve.

But keep them close.

Keep them where you can return to them when your heart becomes heavy, when fear begins to overwhelm you, when people disappoint you, when trials arrive, and when you forget what truly matters.

Because these are not merely principles to read once.

They are reminders we may need several times a day.

Monday, August 17, 2026

Jangan Biarkan Takut Kehilangan Menguasai Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محم

Jangan Biarkan Takut Kehilangan Menguasai Jiwa

Ada orang kedekut kerana dia sayang duit.

Namun ada penyakit yang lebih dalam daripada kedekut.

Nabi ﷺ memberi amaran:

“Jauhilah al-shuḥḥ, kerana al-shuḥḥ telah membinasakan orang sebelum kamu. Ia mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan apa yang diharamkan.”
Riwayat Muslim.

Bagaimana sifat kedekut boleh sampai menyebabkan pertumpahan darah?

Rupanya perkataan yang digunakan oleh Nabi bukan sekadar bukhl, iaitu enggan memberi.

Perkataannya ialah:

الشُّحّ — al-shuḥḥ.

Shuḥḥ lebih dalam.

Ia ialah keadaan apabila seseorang terlalu takut kehilangan, terlalu kuat mahu memiliki dan terlalu mementingkan kepentingan dirinya sehingga hak orang lain pun mula dirasakan sebagai ancaman.

Bukhl berkata:

“Ini aku punya. Aku tak mahu beri.”

Shuḥḥ boleh pergi lebih jauh:

“Aku mahu simpan apa yang aku ada, dan kalau perlu, aku mahu juga apa yang kamu ada.”

Di situlah penyakit jiwa boleh berubah menjadi kerosakan sistem.

Apabila takut kehilangan mula memimpin kita

Banyak kerosakan bermula dengan sesuatu yang kelihatan kecil.

Kita takut kehilangan duit.

Kita takut kehilangan jawatan.

Kita takut kehilangan pengaruh.

Kita takut orang lain menjadi lebih hebat.

Kita takut orang lain mendapat peluang yang selama ini kita miliki.

Pada peringkat awal, mungkin sekadar rasa tidak selesa.

Kemudian kita mula menahan.

Kita tidak berkongsi maklumat.

Kita tidak memberikan peluang.

Kita tidak mahu melatih pengganti.

Kita berat memberikan kredit atau pujian kepada orang lain.

Kita mahu semua keputusan melalui kita. Tak nak kongsi. Saya mahu kawal semua. 

Kita mahu nama kita terus berada di hadapan.

Sedikit demi sedikit, ketakutan kehilangan bertukar menjadi keinginan mengawal.

Dan apabila kepentingan diri menjadi terlalu besar, kita mula merasionalkan perkara yang sebelumnya kita tahu salah.

Di sinilah kita boleh memahami amaran Nabi ﷺ.

Shuḥḥ → kepentingan diri → melanggar hak → kezaliman → konflik → kehancuran.

Sebab itu dalam hadis yang sama, Nabi ﷺ terlebih dahulu mengingatkan tentang zulm, kemudian tentang shuḥḥ.

Seolah-olah kita diperlihatkan hubungan antara penyakit dalaman dengan kerosakan luaran.

Shuḥḥ boleh menjadi enjin dalaman.

Zulm menjadi hasil yang terlihat di luar.

Surah al-Hasyr memberi ubat. 

Menariknya, Allah menggunakan perkataan yang sama dalam Surah al-Hasyr ayat 9.

Allah menceritakan tentang golongan Ansar:

وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ

“Mereka mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri walaupun mereka sendiri mempunyai keperluan.”

Kemudian Allah menyebut:

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan sesiapa yang dipelihara daripada sifat shuḥḥ dirinya, maka merekalah orang yang berjaya.”

Perhatikan sesuatu.

Allah tidak sekadar berkata:

“Jangan jadi kedekut.”

Allah membawa kita kepada keadaan jiwa yang jauh lebih tinggi:

īthār.

Mendahulukan orang lain walaupun diri sendiri ada keperluan.

Maka terdapat dua dunia yang sangat berbeza.

Dunia pertama:

Aku takut aku kurang.

Lalu aku pegang.

Aku simpan.

Aku kawal.

Aku rebut.

Dunia kedua:

Aku yakin Allah cukupkan.

Lalu aku boleh berkongsi.

Aku boleh memberi peluang.

Aku boleh melihat orang lain berjaya. Aku boleh kongsi. Nikmat Allah kan luas. Buat apa nak kawal sangat. 

Aku boleh melahirkan pemimpin yang lebih hebat daripada aku.

Inilah perbezaan antara jiwa yang dikuasai scarcity dengan jiwa yang dibebaskan oleh iman.

Shuḥḥ bukan hanya tentang wang

Kita selalu fikir kedekut berkaitan wang.

Tetapi shuḥḥ boleh muncul dalam banyak bentuk.

Ada orang tidak kedekut duit tetapi kedekut ilmu.

Dia tahu sesuatu, tetapi tidak mahu mengajar kerana takut orang lain menjadi pesaing.

Ada orang kedekut peluang.

Dia boleh membuka pintu untuk orang lain tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

Ada orang kedekut penghargaan.

Susah sekali menyebut:

“Ini hasil kerja dia.”

Ada orang kedekut kuasa.

Organisasi semakin besar tetapi semua keputusan masih mesti melalui dirinya.

Ada orang kedekut pentas.

Dia mahu bercakap, tetapi tidak mahu memberikan ruang kepada generasi selepasnya.

Akar masalahnya boleh sama:

“Kalau aku beri, apa yang tinggal untuk aku?”

Itulah suara shuḥḥ.

Masalah sebenar ialah rasa aman

Sebab itu mengatasi shuḥḥ bukan sekadar belajar teknik generosity. Suka memberi. 

Ia kembali kepada persoalan iman.

Siapa yang kita percaya memberi rezeki?

Siapa yang memberi peluang?

Siapa yang mengangkat seseorang?

Siapa yang menentukan masa depan kita?

Jika hati merasakan:

“Semua bergantung kepada apa yang berada dalam tangan aku,”

kita akan semakin kuat menggenggam.

Tetapi apabila kita benar-benar memahami bahawa Allah ialah sumber rezeki, peluang dan pertolongan, tangan menjadi lebih mudah terbuka.

Kita mula sedar:

Apa yang kita lepaskan kerana Allah tidak mengurangkan apa yang Allah mampu berikan kepada kita.

Inilah perubahan daripada scarcity kepada tawakkal.

Ujian sebenar seorang pemimpin

Salah satu ujian terbesar seorang pemimpin bukan ketika organisasi kecil.

Ujian sebenar muncul apabila organisasi mula berjaya.

Ada lebih banyak duit.

Ada lebih banyak pengaruh.

Ada lebih banyak peluang.

Ada lebih ramai orang berbakat.

Ketika itu timbul satu soalan:

Adakah kita mahu membesarkan misi, atau kita sebenarnya mahu membesarkan diri?

Pemimpin yang dikuasai shuḥḥ akan cuba menjadikan dirinya pusat sistem.

Pemimpin yang dibebaskan daripada shuḥḥ akan membina sistem yang terus hidup walaupun tanpa dirinya.

Dia berkongsi ilmu.

Dia membina pengganti.

Dia memberikan peluang.

Dia gembira apabila orang bawahannya menjadi lebih hebat.

Kerana matlamatnya bukan mempertahankan kedudukan.

Matlamatnya ialah memastikan amanah terus berjalan.

Dari shuḥḥ kepada īthār

Surah al-Hasyr memberi kita perjalanan yang sangat indah.

Mahabbah.

Kita belajar mencintai orang lain.

Kemudian:

kelapangan dada.

Kita tidak resah melihat orang lain menerima kelebihan.

Kemudian:

īthār.

Kita sanggup memberikan sesuatu walaupun diri sendiri memerlukannya.

Kemudian:

bebas daripada shuḥḥ.

Dan akhirnya Allah menyebut:

فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Merekalah orang-orang yang berjaya.”

Mungkin selama ini kita fikir kejayaan ialah apabila kita berjaya mengumpulkan semakin banyak.

Tetapi al-Quran memberikan satu ukuran yang sangat berbeza.

Kejayaan terbesar ialah apabila hati kita sudah tidak lagi dikuasai oleh ketakutan kehilangan.

Kita masih memiliki harta.

Kita masih mempunyai jawatan.

Kita masih mempunyai pengaruh.

Tetapi semuanya berada di tangan.

Bukan di hati.

Dan apabila misi memerlukan kita melepaskannya, kita mampu melepaskan.

Itulah kebebasan.

Itulah īthār.

Itulah antara jalan menuju al-falāḥ.

Soalan untuk diri

Apakah perkara yang paling saya takut kehilangan?

Wang?

Jawatan?

Nama?

Pengaruh?

Pelanggan?

Peluang?

Kawalan?

Keluarga? 

Dan satu soalan yang lebih sukar:

Adakah ketakutan itu sedang menyebabkan saya menahan sesuatu yang sebenarnya menjadi hak, peluang atau manfaat untuk orang lain?

Kadang-kadang shuḥḥ tidak kelihatan seperti kedekut.

Kadang-kadang ia memakai pakaian “strategi”, “keselamatan”, “kepentingan organisasi” atau “saya lebih tahu”.

Sebab itu Nabi ﷺ tidak berkata sekadar:

“Jangan kedekut.”

Baginda berkata:

وَاتَّقُوا الشُّحَّ

Berwaspadalah terhadap shuḥḥ.

Kerana penyakit yang tidak kita sedari sedang menguasai hati boleh suatu hari nanti menguasai seluruh sistem kehidupan kita.

Sunday, August 16, 2026

The sin

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

There are sins that come with an ugly face. We immediately know that they are wrong. But there are sins that come with beautiful clothes. Wrapped in freedom, called love, given the name healing, then displayed as a lifestyle.

This is one way the devil works: making evil look beautiful.

The Quran calls it tazyin—decoration. Allah says: "And the devil has made them look good in their deeds..." (QS. An-Nahl: 63).

Notice: the devil does not always want to make us hate good. Sometimes he just wants to make us stop feeling guilty about evil.

Because when sin still feels like sin, the heart is still possible to return. But when sin is considered cool, the heart no longer seeks forgiveness. It actually seeks justification.

Allah warns: "...And the devil has made them look good in their deeds, then he blocks them from the path of Allah..." (QS. An-Naml: 24).

So before asking, "Does this look beautiful?"

Ask something far more important:

"Is this beautiful in the sight of Allah?"
Because not everyone who is praised by humans is pleasing to God.

And sometimes, the biggest trap of the devil is not making us love sin.

But making us admire it.